Urgent Nak Jual,Lelaki Nak Jual Motor Tapi Netizen Mengekek Gelak Sebab…


Zaman sekarang memang kalau nak jual apa-apa gunakan internet kan. Mudah je, ambil gambar cantik, angle pun cantik, upload je dekat media sosial atau mana-mana platform menjual sekali dengan description.

Tapi, usaha seorang lelaki nak jual motosikal dia baru-baru ni buat netizen terhibur. Dah kenapa pulak ni?

Motosikal untuk dijual

RM800

Motosikal boleh tukar nama, ada geran dan roadtax masih hidup

Sumber: Facebook

Posting lelaki tu kemudian dipost balik oleh satu page dekat Facebook. Tapi, sebaliknya ruangan komen dipenuhi dengan komen ‘menganjing’ dan lawak sebab gambar yang disertakan tu. Admin terhibur betul baca komen haha!

Urgent sangat dia nak jual ni… Sampai tak ada masa berhenti walau sesaat. Tolonglah beli motor dia”

“Ini motor kelajuan cahaya menuju syurga ni.”

Sumber: Facebook

Netizen komen macam tu rupa-rupanya sebab gambar yang lelaki tu upload blur sangat sampai tak nampak bentuk sebenar motosikal dia tu!

Sumber: Facebook

So, kalau ada sesape urgent nak beli motor beli dari abang ni. Dia pun nampak gayanya urgent sangat nak jual motor tu.. Hikhik!

sumber : Lobak Merah