Kakak, aku rindu kau. Aku tak sempat nak mohon maaf sebab di saat akhir hayat kau, aku tak ada bersama.


“Li, mak on the way ke hospital Pusrawi nak tengok Wan ni, teruk dah dia nak”, kata ibuku di satu petang yang agak cerah itu. Tersekat-sekat suaranya.

“Kenapa mak?”, aku bertanya.

“Dia dah muntah darah, masuk ICU kat sini”, katanya.

Terkejut aku terdengar kata-kata mak aku itu. Dia kini dalam perjalanan ke Intensive Care Unit (ICU) di Hospital Pusrawi di Kuala Lumpur itu.Kakakku, Zatika Izwani bt Puade, atau aku panggilnya Wan, merupakan anak yang ketiga dalam keluarga aku. Dia seorang cikgu sekolah menengah, yang mengajar subjek bahasa Inggeris. Sudah berkahwin dan dikurniakan 2 cahaya mata, yang sulungnya lelaki, Nizwan Alif, dan yang bongsunya perempuan, Naomi Anis.

Dalam ramai-ramai adik beradikku, dialah yang paling rajin mengemas rumah dan pembersih orangnya. Perangainya sedikit tegas, macam lelaki. Ada satu masa tu aku benar-benar benci akan dia, semasa aku kecil, taktala aku suka membuat sepah di bilik dan ruang tamu, dia pula marah-marah dekat aku, dia hamun kat aku pasal benda tu.

Kalau aku buat silap sikit dia marah-marah. Alah, masa tu aku masih kecil lagi. Sikit-sikit nak terasa hati, walhal memang silap aku. Aku memang tak boleh ditegur. Sombong dan ego. Bila aku dah dewasa, aku faham dah kenapa dia tegur aku macam tu dulu.

Dialah kakakku yang mengajar aku untuk solat. Mengajar aku niat, bacaan Al-Fatihah, bacaan semasa rukuk, sujud, duduk diantara dua sujud, tahiyat awal, tahiyat akhir. Semuanya dia ajarkan aku, sewaktu aku berada di darjah satu persekolahan, berumur 7 tahun. Doa selesai solat. Surah apa yang harus aku baca. Ya, dialah yang ajarkan sampaikan ayah aku ketika itu berasa bangga bahawa aku sudahpun pandai menunaikan salah satu rukun Islam ini.

Antara anak-anak Cikgu Puade, dia agak pandai dari segi pencapaian akademiknya. Mendapat ijazah bidang komputer (IT), dan seterusnya masuk ke maktab perguruan, dan berkahwin. Aku fikir dan perhatikan, hidupnya cukup sempurna. Memang aku tak tahu aral lintang dan cabaran yang mereka alami sebenarnya, tetapi apa yang aku tahu, hidupnya adalah kehidupan yang aku cemburui.

Suaminya baik hati, tidak berkira, tidak mudah marah-marah melayan telatahnya dan anak-anaknya. Kunjungan aku ke rumahnya juga aku rasa amat menyeronokkan. Aku pernah tinggal bersama mereka berminggu-minggu lamanya semasa aku kecil. Kucing kesayangannya, Husky dan Panda, serta rumahnya yang serba lengkap dengan internet, dan koleksi buku-buku komik, board games dan majalah-majalah milik arwah bapaku yang dia telah refurbished, sampul dan jilidkan menjadikan duduknya aku di rumah mereka tidak bosan. Sentiasa ada bahan bacaan yang aku minat.

Namun, semuanya berubah sejak 5 tahun lepas, apabila dia didiagnos menghidapi k4nser payud4ra tahap 2. Sewaktu itu, aku masih lagi bergelar pelajar perubatan dan berada di tahun akhir pengajian. Masih aku ingat pertanyaan demi pertanyaan yang dilontarkan olehnya selepas pembed4han mas tectomy (pembuangan sebelah payud4ra) mengenai rawatan seterusnya iaitu che motherapy dan hormonal therapy.

Aku hanya menjawab apa yang aku tahu sahaja. Maklumlah, aku mana ada pengalaman bekerja sewaktu itu. Yang aku tahu hanyalah sedikit ilmu klinikal dan teori mengenai k4nser. Segala rawatan yang disarankan oleh pakar pembe dahan dan onkologinya kakakku ikut. Ikut dengan betul.Tiada yang merepek. Tiada yang bukan-bukan. Ubat-ubatan herba, air ajaib, pil-pil suple men langsung tidak disentuh. Hanya mengikuti sahaja apa yang dirancangkan oleh doktor pakar.

Sampaikan masa dia dimasukkan ke wad, sewaktu itu ada penjual-penjual herba suple men yang entah apa-apa pernah bertanya kepadanya

“Tak nak cari ikhtiar lain ke untuk sembuh?”

Selamba dia jawab

“Dah tu, ni yang masuk wad private hospital ni, bayar ribu-ribu ni bukan ikhtiar namanya?”.

Memang terdiam terus penjual ubat tak bertauliah itu.

2 tahun lepas, nasib tidak menyebelahinya. Masakan tidak, remission k4nser selama beberapa tahun itu relapse semula. Datang semula. Dan kali ini tahap empat. Merebak ke hatinya. Aku terbaca artikel-artikel yang dia kongsikan sewaktu hayatnya dahulu.Hati aku tersentuh apabila dia menceritakan kes4kitan yang dia alami saat menceritakan tentang keadaan k4nser yang merebak ke hati menyebabkan sel-sel hatinya mengeras. Membeku. Macam batu.“Bila kapsul di liver dah menggeregel, rasanya macam ditik4m dengan pis4u yang taj4m. Menu suk, kemudian ditarik keluar. Ditu suk lagi, ditarik keluar dan kes4kitan ini akan berulang-ulang untuk tempoh yang lama. Masa ini tiada apa yang boleh tolong untuk meredakan kes4kitan itu. Kecuali menahan dan painki ller. Painki ller pun start kick selepas 20-30 minit. Jadi buat sementara waktu, it is between you, God and the p4in itself. S4kitnya macam setiap org4n di dalam badan kau diketuk-ketuk pintu neraka”.

Aku tak boleh bayangkan kes4kitan yang dia alami. Itulah yang mampu dijelaskan di dalam salah sebuah artikelnya di media sosial. Ayatnya satu-satu aku salin dan tampal di sini. Aku ada mengunjungi rumahnya saat k4nser tersebut datang balik, menyerangnya, dan menjadi lebih agresif.Saat aku ke rumahnya, bila aku pandang wajahnya, aku sebak. Aku sedih dan hiba. Mukanya cengkung, badannya kurus kering dan kepalanya botak, kesan daripada rawatan demi rawatan yang diberikan. Namun k4nser si4l itu masih berada di situ, tidak mahu mengalah. Walaupun aku tahu, jiwa Wan besar. Semangatnya kuat, namun fungsi fisiologi badannya tidak mampu menahan ubatan demi ubatan yang akan menjadikan sel-sel di badannya yang normal sebagai collater4l dam4ge.

Wan tidak aktif seperti dulu. Tidak keluar berbasikal, bersenam, memanjat gunung, travel dan lain-lain. Jiwanya yang besar dihadkan oleh sel-sel k4nser yang sial itu. Rumahnya tiga tingkat, dan sebelum ini bilik tidurnya di tingkat tiga. Kini tidak lagi begitu. Dia tidur di tingkat bawah sekali rumahnya. Tak larat nak naik atas. Sentiasa letih, saat terkena kesan sampingan ubat dan kesan daripada k4nser itu.

Aku simpati melihatkan keadaannya. Namun, apalah yang ada pada simpati. Bukan boleh mengubah prognosisnya. Bukan boleh memberi rawatan untuknya. Tiada apa. Nothing.Aku benci memikirkan hal ini. Kenapa Wan yang kena? Kenapa bukan aku. Kenapa k4nser tu ditakdirkan menyerang kakakku? Mengapa bukan orang lain? Mengapa begitu?

Akulah yang patut kena. Aku sewaktu itu baru sahaja bercerai dengan isteriku. Mengapa tuhan memberi dia dengan ujian sebegini, yang mempunyai keluarga, anak dan suami. Yang kehidupannya masih ramai bergantung dengannya, bukan macam aku. Seorang diri, bukan ada siapa-siapa perlu bergantung dengan aku.Benci aku. Aku mula menyalahkan takdir. Memarahi tuhan, ibarat tidak memikirkan aku ni siapa, hamba. Siapalah aku nak mempersoalkan perancangan tuhan ini?. Allah maha mengetahui. DIalah yang mengatur, menciptakan seluruh alam, yang memberi sihat dan sakit buat segala makhluk di muka bumi ini.

Aku sedar akan segalanya itu. Aku cuma tersangat berdukacita. Dan apabila aku tak tahu ke mana harus aku salurkan kedukacitaan aku, kebencian aku dan keremukkan hati ini, aku mula menyalahkan takdir. Aku sedar, itu tidak wajar. Tidak logik. Lagipun aku tahu, suami Wan menjaganya dengan penuh sabar.Keadaan Wan semakin teruk. Tekanan darahnya mula menurun sejak petang tadi lagi. Doktor menghampiri ibuku, memberi opsyen untuk DNR (Do Not Resuscitate). Sudah pasti itulah keputusan yang terbaik.

Sekiranya jantung Wan tiba-tiba berhenti berdegup, tiada apa yang akan mereka lakukan. Tiada C.P.R, tiada defib rillation, tiada apa-apa. Itu lebih baik daripada menyeksa tubuhnya yang mula berhenti berfungsi dari segi fisiologi, di mana setiap satu organnya mula gagal. Itulah yang dimaksudkan dengan DNR.

“Kesan sampingan ubat kemot erapi, salah satunya peripheral neurop athy di mana limbs kau akan terasa bagai dihiris-hiris dengan bl4de Gillete Nacet. Rasa pan4s, keb4s, s4kit. Kalau tak teruk, doktor beri pil vitamin. Kalau yang dahsyat, kau kena ambil pil antiepileptics dan paink iller.

Radioth erapy pada kulit? Terb4kar sampai kulit kau pun entah ada lagi ke tak. Jadilah seperti ikan cencaru berbulan sampai pulih. ”

Salah satu ayat dalam artikelnya tentang kesan rawatan kemote rapi menyebabkan mana-mana insan yang membaca menjadi takut akan rawatan ini. Namun, apa pilihan yang kita ada? Nak atau tidak, ini sahajalah yang ada.Kemot erapi ini aku selalu ibaratkan seperti r4cun. Di mana apabila diberikan dengan dos yang tinggi, akan bukan sahaja membu nuh sel-sel k4nser, tetapi membu nuh sel-sel biasa yang normal juga dalam masa yang sama. Jadi, doktor memberi dos yang cukup, cukup untuk membun uh sel k4nser, tetapi tidak cukup untuk menyebabkan kem4tian sel-sel yang normal sehingga menyebabkan kem4tian pes4kit.

Aku teringat sewaktu itu aku menjawat jawatan sebagai Regional Medical Scientist, yang mana syarikat yang aku kerja banyak menghasilkan ubat-ubatan kemot erapi yang baru. Yang menunjukkan kesan yang efektif untuk k4nser payud4ra. Namun ubat itu masih terlalu awal untuk digunakan terhadap manusia.Aku cuba percepatkan agar clinical trial tersebut nanti boleh memasukkan nama kakakku ke dalam salah seorang subjek. Aku teringat kali terakhir aku bercakap dengan Wan.

“Boleh Wan, aku tengok this drugs bagus, masih ada harapan. Masih boleh lagi”, aku bercakap dengan sedikit optimistik.

“Alah LI, takpe, aku dah tahu kesudahannya. Memang aku akan m4ti tak lama lagi. Untungnya sebab aku tahu, aku boleh bersedia untuk bila m4ut datang menjemput nanti”, dia menjawab.Kata-katanya yang pasrah meremukkan hati aku. Terobek-robek aku rasakan jiwaku, sehingga berjuraian air mata mengalir di pipiku. Aku kuatkan diri aku, aku cuba sedaya upaya untuk tidak memberi Wan dengar bahawa aku sedang menangis, aku sedang sedih. Itulah kali terakhir aku bercakap dengannya.

“Li, Wan dah meningggal dunia, malam ni mak bawak dia balik naik van jenazzah ni ke Muar, kita kebu mikan dia di tanah perkuburan yang sama dengan Arw4h ayah”, kata Ibuku, menelefonku dikala malam yang menghitam dan hujan yang teramat lebat di sepanjang perjalanan mereka daripada KL, ibarat menangisi pemergiannya.Aku rindu kau Wan. Aku cuma nak kau tahu, aku sayang kau sebagai kakakku. Aku tak sempat nak berterima kasih atas segalanya, atas apa yang kau ajarkan aku. Aku tak sempat nak mohon maaf segala khilaf, salah dan silap aku dengan kau sepanjang hayat kau. Aku juga nak minta maaf sebab di saat akhir hayat kau, aku tak ada bersama.

Aku tahu, sekarang, hanya doa sajalah yang aku mampu kirimkan. Doa agar urusan kau dipermudahkan. Doa agar kau diletakkan bersama mereka yang beriman. Doa agar Allah melindungi kau di saat kehidupan kau yang penuh kes4kitan dan penderitaan akibat k4nser. Aku janji Wan, apa yang aku mampu, anak-anak kau akan aku layan mereka macam anak aku. Jadi kau boleh berehat di sana. Tenanglah kau di sana Wan, tenanglah kau.

P/s : Kakak saya telah kerahmatullah pada 11 March 2017. Mohon doa kalian untuk dia. Aku kagum melihat suaminya tak putus-putus melawat kuburnya di Muar ini.

– Ilzanno Sharky via IIUM