Saya seperti tidak percaya…pakaian sedondon utk majlis perkahwinan esok juga sudah siap digosok..-Terima WhatsApp terakhir dari sangsuami.


Jennazzah Muhamad Faezuan Nor Izzudin, 27, selamat dikebummikan di Tanah Perkuburan Islam Kubang Chenok, Kampung Jelawat, di sini, jam 1.34 pagi tadi.

Muhammad Faezuan antara lima yang telah tiada apabila kereta yang mereka naiki bertembvng bas ekspres di Kilometer 325, Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu, berhampiran Kampung Jeram Busu, Raub, Pahang, jam 2.54 pagi semalam.

Terdahulu, jenazzah yang dibawa dari H0spital Raub dengan diiringi dua kereta peronda daripada Balai P0lis Bachok, tiba di kampung itu pada jam 1.10 pagi.

Sebaik tiba, jenazzah disembahyangkan di madrasah berdekatan kubvr itu dengan dihadiri kira-kira 100 orang terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara dan kenalan arw4h.

 

Isteri menangis teresak-esak

Suasana pilu mengiringi s0lat jenazah arw4h apabila isterinya, Nor Asilah Arahim, 29, menangis teresak-esak sambil ditenangkan ahli keluarga. Ramai sayu saat melihatkan kejadian itu. Siapa sangka, suami yang dinantikan hadir, rupanya sudah tidak berny4wa lagi.

Anak sulung baru 62 hari

Anak sulung pasangan itu, Maryam Medina yang baru berusia 62 hari turut dibawa ke surau berkenaan bagi melihat jenazah bapanya buat kali terakhir.

Ahli keluarga Faezuan, Nor Azila Abdullah, 43, berkata keluarganya bersyukur kerana urusan pengebvmian anak kedua daripada enam beradik itu berjalan lancar walaupun hujan turun renyai-renyai seakan mengerti kesedih4n yang dialami keluarga.

Keluarga tenangkan isteri

Isteri Allahyarham Muhamad Faezuan, Nor Asilah (tengah) ditenangkan ahli keluarga sebaik jenazzah suaminya tiba di Tanah Perkuburan Islam Kubang Chenok, Jelawat, Bachok.

Katanya, empat lagi ahli keluarga mereka yang maut iaitu pasangan suami isteri, Sobariah Harun, 54 dan suami, Mohd Sajury Abdullah, 63, dan anak angkat mereka, Uwais AlQurney, 6, serta sepupu mereka, Nur Ilham Najwa Rahimi, 20, akan dikebvmikan jam 9 pagi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kolam, Pasir Puteh.

Tunggu anak angkat dari Mesir

“Jenazzah mereka akan dikebvmikan kemudian bagi menunggu kepulangan anak angkat pertama keluarga Allahyarham Sobariah, Amirul Khairul, 21, yang sedang belajar di Mesir.

“Arwwah dan suaminya memang orang yang baik dan rapat dengan semua anak saudara, malah ahli keluarga yang berada di Kuala Lumpur turut menyukai arwwah dan suami yang kerap membuat majlis makan-makan di rumahnya di Shah Alam,” katanya yang tinggal di Gua Musang sayu.

Sumber : BHOnline