Tragedi Bhopal, Gas ‘Mavt’ Manoetilamin Ragut 35,000 Ny4wa, Kemalangan Industri Paling Tragis Dalam Sejarah Peradaban Manusia


Kalau korang rasa apa yang berlaku di Pasir Gudang tu dah teruk? Sebenarnya ada yang lagi teruk. Malah kes yang admin nak story kat korang ni merupakan kemalangan industri paling dah syat pernah berlaku so far. Nasib baik bukan kat Malaysia kan?

Sebelum itu apa kata kita berdoa untuk semua rakyat Malaysia yang berada di Pasir Gudang supaya dijauhkan dari bala benc ana dan malape taka #prayforpasirgudang.

Now dah ready nak baca pasal tragedi ‘Bhopal’? Artikel kali ini agak panjang namun sangat berbaloi untuk korang baca. So enjoy okay ~

Tragedi ‘Bhopal’ bencana industri global paling teruk selepas Perang Dunia Kedua

Siapa yang tak tahu pasal ‘tragedi Bhopal‘? Rata-rata memang tahu mengenai tragedi yang telah meng0rbankan puluhan ribu nya wa dalam sekelip mata ini. Malah dikatakan sebagai bencana industri global paling teruk selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua..Woahhh! scary giler.

Kisah ini terjadi pada 3 Disember 1984 dimana kemalangan industri berlaku melibatkan Kilang Racun Serangga Union Carbide Corporation (UCC) yang terletak di daerah Bhopal, Madhya Pradesh, India.

Kejadian tersebut telah menyebabkan pembebasan sejumlah besar kuantiti bahan kimia beracvn ke ruang udara sehingga menyebabkan berlakunya pencemaran ke atas kawasan seluas lebih 600 kilometer persegi..Bukan kecik guys 6km persegi okay!

Kronologinya bermula apabila berlaku kebocoran pada salah satu tangki penyimpanan utama di loji berkenaan dan ia telah menyebabkan air memasuki ruang tangki yang mengandungi 42 tan methyl isosianat (MIC).

So, bila air bercampur dengan methyl isosianat maka ia telah meningkatkan tekanan dan suhu tangki sehingga ke tahap kepanasan lebih 200 darjah celcius. Dengan tekanan yang tinggi ditambah pula dengan peningkatan suhu mendadak telah menyebabkan berlakunya letupan.

BAMMMMM!!

Pada waktu itu Gas methyl isosianat terus meruap dan merebak ke udara kemudian membentuk kepulan awan yang menutupi sebahagian besar Kota Bhopal.

Bhopal diisytihar WILAYAH DARURAT lepas gas manoetilamin tersebar sebabkan 2,000 mavt

Itu dah satu hal, keadaan bertambah lagi gawat apabila sebatian kimia tersebut telah bertindakbalas dengan air dalam udara dan kemudiannya membentuk gas manoetilamin yang merupakan gas lebih berbahaya daripada MIC.

Akibat daripada kejadian tersebut lebih 2,000 warga Bhopal mavt serta merta akibat sesak nafas kerana menghirup gas beracvn itu..Bayangkan kurang 24 jam kejadian tu berlaku..huhu

Pada ketika itu Bhopal diisytiharkan sebagai WILAYAH DARURAT!

Saksi kejadian memaklumkan yang mereka melihat manusia dan haiwan ternakan rebah secara tiba-tiba. M4yat bergelimpangan diserata kota.

Jasad-jasad hidup yang pada awalnya bertempiaran lari akhirnya terbaring kaku dalam masa yang cukup pantas. Hanya dalam masa beberapa minit sahaja, suasana zon perindustrian itu berubah menjadi padang jarak padang tekukur, hanya dipenuhi m4yat manusia dan diisytihar sebagai ZON BERB4HAYA!

Mesti korang tertanya-tanya bagaimana keadaan may4t pada ketika itu kan? Baik, biar admin ceritakan.

M4yat ditemui dengan mata terbuntang luas, mulut berbuih, gigi terkacip dan tangan sedang mencengkam leher

Dilaporkan kebanyakan m4yat yang ditemui berada dalam keadaan yang cukup sadis dan menger1kan. Hampir semua mereka pucat selain mata terbuntang luas. Tak cukup dengan itu, mulut mereka berbuih, gigi terkacip rapat manakala tangan dalam keadaan mencengkam leher..Ishh dah macam apa dah! huhu

Kota Bhopal yang sebelum ini sibuk dalam masa 24 jam zon bencana itu bertukar menjadi bandar pusara. Apa yang dapat lihat di kawasan tersebut hanyalah sosok-sosok mngsa yang terselamat yang sibuk menguruskan jenazah ahli keluarga mereka yang terk0rban.

Malah pengebumian bagi mereka yang terk0rban terpaksa dilakukan seringkas mungkin kerana keadaan sekitar masih kritikal.

Bukan itu sahaja, pihak media jugak tidak dialu-alukan untuk membuat liputan kerana keadaan berbahaya disebabkan pencemaran kimia.

Jalam jangka waktu singkat, insiden ini menyebabkan jumlah kematian besar dengan kesan jangka panjang yang menakutkan!

Dianggarkan, lebih 35,000 kem4tian direkodkan dan lebih setengah juta warganya masih terdedah kepada bahaya. Selain itu lebih 100,000 warga yang lain turut terkena impak sampingan yang disebabkan oleh gas berkenaan.

Mngsa mengalami kesukaran bernafas serta kerosakan fungsi organ seperti ginjal dan hati. Ada mangsa terutamanya warga tua dan kanak-kanak menjadi buta serta-merta kerana terdedah secara terus kepada gas methyl isosianat.

Selepas lebih 30 tahun berlalu, insiden berdar4h itu masih terus menghantui warga Bophal. Malah kesannya masih dirasai sehingga kini. Dari tahun ke tahun, kematian yang disebabkan oleh kesan sampingan tr4gedi itu terus meningkat kerana sisa toksik dan merkuri masih wujud di dalam tanah dan sumber air di Bhopal.

Korang bayangkan macam mana Bandar Bhopal waktu tu, apa yang berlaku kat Pasir Gudang pun dah buat kita takut , macam mana pulak kat sana kan? Huhu. Sumber lobak merah.