Awi Rafael batal nikah Atikah Suhaime Ahad ini -Niat dihati untuk membina masjid, menutup aib dia yang dulu


MAJLIS pernikahan penyanyi Awi Rafael dan pelakon Atikah Suhaime yang sepatutnya berlangsung pada Ahad ini di Singapura dibatalkan secara tiba-tiba.

Awi, 33, menerusi laman Instagram pada Khamis memberitahu dia sudah mencuba yang terbaik terhadap bekas tunangnya serta keluarga untuk persediaan majlis tersebut.

Menurut Awi, dia membuat keputusan untuk bertunang tahun lalu kerana berniat untuk menutup aib Atikah yang dahulu dan membawa pelakon itu ke jalan Allah.

Bagaimanapun, Awi menganggap dugaan baru itu terlalu berat buatnya memandangkan dia masih mempunyai ibu serta perlu menjaga maruah keluarga.

 


Awi mengumumkan majlis pernikahannya dibatalkan menerusi laman Instagram.

“Awi harap semua teman akan faham. Awi sudah cuba buat yang terbaik untuk dia dan Awi sekeluarga sudah pun bersedia untuk Ahad ni.

“Niat dihati adalah untuk membina masjid, menutup aib dia yang dulu dan membawa dia ke jalan tuhan bersama ke arah hidup baru. Kerana itu Awi tawakal dan terus tunang sejak tahun lalu.

Niat dihati adalah untuk membina masjid, menutup aib dia yang dulu dan membawa dia ke jalan tuhan bersama ke arah hidup baru.

“Namun Awi juga mempunyai ibu dan maruah keluarga. Terlalu berat dugaan baru kali ini. Awi harap kawan-kawan semua akan faham. Dahla, Awi pun tak ingin buka aib sesiapa,” katanya.

Awi atau Muhammad Namawi Ewan Gunawan Rafael dan Atikah mengikat tali pertunangan pada 17 Mac tahun lalu di Singapura.

Dalam pada itu, Awi beranggapan apa yang terjadi merupakan jawapan saat akhir untuk solat istikarah yang dilakukannya.

Awi dan Atikah bertunang pada 17 Mac tahun lalu.

Menurut Awi, dia akan membayar semula tiket penerbangan ke Singapura dan sebagainya yang telah ditempah ahli keluarga terdekat.

Malah, Awi turut akan menghubungi pihak penaja perkahwinannya untuk didermakan kepada rumah kebajikan kanak-kanak.

“Jodoh di tangan Tuhan dan mungkin solat istikarah Awi pun telah dijawab di saat-saat akhir ini. Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang sentiasa sokong dan sayang.

“Jangan risau saya akan bayar balik semua yang sudah membeli tiket penerbangan dan sebagainya. Terima kasih untuk hubungi saya.

“Kepada penaja untuk kad perkahwinan, kek dan makanan serta sebagainya, jangan risau saya akan hubungi anda juga. Kita boleh berikan kepada rumah kebajikan kanak-kanak,” ujarnya.

Atikah sebelum ini pernah terkait dengan penyebaran foto tidak senonoh.

Lima Bulan Kenal, Atikah & Awi Rancang Nikah Mac Tahun Depan

Hubungan yang terjalin kira-kira lima bulan lalu meyakinkan penyanyi berasal dari Singapura iaitu Awi Rafael mengikat tali pertunangan dengan pelakon dari negara yang sama Atikah Suhaime.

Menurut Atikah atau nama sebenarnya Nur Atikah Mohd Suhaime, 25 berkata, keserasian yang terjalin membuatkan mereka merancang untuk melangkah ke fasa baharu dan merancang untuk bernikah pada 15 Mac tahun depan.

“Kami berkenalan kira-kira lima bulan lalu dan keserasian membuatkan kami mengambil keputusan untuk bertunang. Awi telah berbincang dengan kedua ibu bapa untuk meminang saya.

“Insyallah kami merancang untuk mendirikan rumah tangga pada Mac depan bersamaan dengan tarikh lahir Atikah,” ujarnya.

Pasangan tersebut melangsungkan pertunangan di Royal Palm, Clarke Quay Singapura pada petang Sabtu.

Majlis tersebut hanya di hadiri oleh keluarga terdekat serta kenalan mereka di sana.

Sebelum itu, Atikah menerusi Instagramnya memuat naik video detik cincin pertunangan disarungkan dijarinya.

“Yes Auntie, I said yes to the proposal. Officially engaged to Awi Rafael. Warm thank you to all who made the event smooth,” tulisnya.

Atikah anggun mengayakan dua gaun berwarna biru dan coklat cair rekaan Nadia Marni. Manakala penyanyi lagu Aku Jatuh Cinta kacak mengayakan sut hitam ketika bergambar bersama-sama.

Atikah Suhaime, Awi Rafael sepatutnya nikah awal

PELAKON Atikah Suhaime dan tunangnya, Awi Rafael pada dasarnya ingin berkahwin lebih cepat berbanding perancangan asal iaitu 17 Mac tahun depan.

Bagaimanapun kata Atikah, selepas mengambil kira faktor masa dan tempoh persiapan oleh keluarga kedua-dua belah pihak yang menginginkan sebuah majlis sempurna maka mereka terpaksa akur pada tarikh 17 Mac itu.

“Kalau diikutkan memang kami mahu mempercepatkan majlis perkahwinan walaupun baru sahaja bertunang Mac lalu tetapi banyak faktor yang perlu kami akur.

“Paling utama adalah permintaan keluarga yang ingin membuat persiapan agar majlis kami nanti meriah dan dapat dihadiri oleh semua kaum keluarga,” katanya.

Atikah ditemui pada majlis pelancaran muzik video terbaharu Awi berjudul Ini Semua Dunia yang diadakan pada malam Isnin.

 

Pasangan ini bertunang pada 17 Mac lalu.

Pelakon filem My Stupid Boss itu juga turut hadir bagi membuat kejutan bersempena ulang tahun hari lahir Awi ke-32 yang dianjurkan oleh syarikat rakamannya, Warner Music Malaysia.

Sementara itu, Atikah berkata, dia tidak merasakan hubungannya dengan Awi terlalu terburu-buru ekoran mereka bertunang selepas tiga bulan menjalinkan hubungan.

Ini kerana kata Atikah, walaupun usia percintaan mereka masih baharu tetapi mereka sebenarnya sudah lebih lapan tahun mengenali antara satu sama lain.

“Saya sejujurnya sudah bersedia bergelar isteri dan begitu juga Awi. Faktor tempoh hubungan kami bukan alasan kerana kami sudah lama mengenali.

“Cuma sebelum ini saya tak sedar jodoh saya di depan mata… Macam drama pula!

“Apa-apa pun semua ini berbalik kepada jodoh dan Alhamdulillah kami berdua serius dengan hubungan ini,” katanya.

Pasangan itu melangsungkan pertunangan di Singapura pada 17 Mac lalu.