Terima Kasih Halalkan saya dan Awak jadikan saya cinta terakhir awak. Luahan wanita ,suami dijemput Ilahi buat ramai sebak


Siapa sangka harini kita menempuh hari bahagia tapi tika waktu panggilan ilahi sampai, tiada sapa boleh menghalang.. luahan wanita ni buat ramai sebak.Benarlah kata orang, jodoh ajal dan pertemuan itu adalah ketentuan Ilahi. Sebagai hamba, siapalah kita untuk menidakkan segalanya melainkan redha dan tabah menerima takdir yang ditetapkan.

Begitulah yang dialami oleh seorang wanita ini yang sempat bergelar isteri selama 6 bulan sahaja apabila suaminya telah pergi menghadap Ilahi.

Wanita yang dikenali sebagai Masita telah memuat naik sebuah thread di Twitter tentang tarikh saat pertama kali bertemu suaminya, bertunang, berkahwin sehinggalah detik suaminya meninggal dunia.

Kisah wanita ini telah tular di laman sosial apabila menerima 12 ribu ulang kicau (Retweet) dan 10 ribu tanda suka (like) di Twitter.

Indah betul peraturan Tuhan. Dia pinjamkan awak untuk jaga family saya.Dia sempat halalkan kita walaupun cuma 6 bulan je. Syg tahu b penat.B tunggu syg dekat syurga. Al-Fatihah suamiku
Dia sempat halalkan kita, walau 6 bulan sahaja…

Selalu hari ahad mcm ni dye yang semangat kejut kita pagi pagi buta ajak pegi breakfast. Skrng nak makan dekat kedai breakfast yang selalu pun masih belum cukup kuat.

Bercinta pada 25 April 2013

23 Disember 2017, abang masuk merisik

20 Julai 2018 dengan janji kita, abang sudi terima saya sebagai isteri. Alhamdulillah…

Allah sayangkan abang, Al-Fatihah -13 Januari 2019

Kuatkan hati, doakan sentiasa buat arwah suami…
Selepas thread tersebut tular, ramai yang telah menitipkan pesanan dan kata-kata sokongan kepada Masita supaya tabah menerima ketentuan Ilahi.


Takziah Masita!

Al-Fatihah…

Sumber : Bobby