Kerana Urusan Jenaazah, Dia Sanggup Ketepikan ‘Makan Besar’ Malam Tahun Baru Cina Dengan Keluarga


Disebabkan Urusan Jenaazah, Dia Sanggup Ketepikan ‘Makan Besar’ Malam Tahun Baru Cina Dengan Keluarga

 

BUAT MANA YANG PERLU SANGAT DULU…..AKU DAN JENAZAH ATAU MAKAN DULU…..

 

Tahun ini sejarah bagi saya kerana masa makan besar malam TAHUN BARU CINA… dengan abang aku, aku di datangkan talipon untuk bantu arwah.

 

Aku melepaskan makan aku dan berurusan dengan keluarga arwah dulu. SYUKUR, KITA BERJAYA MEMBANTU JENAZAH PULANG KE IPOH.

 

 

Satu Tahun Baru Cina yang bermakna penuh nya…. buat lah yang mana penting dulu.

 

Harap lah kita semua akan buat yang sama bantu orang susah dalam nekad baru Tahun Baru Cina Janji tak guna boss ku…. kena buat lah….. tiada pantang bagi aku…..

 

Sumber: FB Kuan Chee Heng

 

Hubungi Uncle Kentang Jika Anda Miskin, Sakit Dan Lapar!! Nombor Telefon Uncle Kuan Disertakan..

 

 

Nama sebenarnya Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang, merupakan seorang aktivis yang sering melakukan kerja kebajikan untuk membantu masyarakat yang memerlukan bantuan. Kerja amalnya tidak mengira bangsa atau agama.

 

 

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh beliau sebelum ini untuk membantu masyarakat yang memerlukan bantuan.

 

 

Terdahulu, beliau telah mewujudkan khidmat kemudahan ambulan, teksi dan jualan barang dengan hanya mengenakan harga 10 sen bagi membantu golongan tidak berkemampuan.

 

Beliau juga menawarkan khidmat van jenazah percuma untuk golongan yang tidak berkemampuan.

 

 

Terkini, beliau telah mengambil insentif untuk membantu mereka yang kelaparan dan susah di kawasan Puchong pula. Mereka yang memerlukan bantuan hanya perlu menghubungi beliau di 03 27181783.

 

 

Tiada kerenah birokrasi kepada sesiapa yang memerlukan bantuannya.

 

“Tak payah apply online, tak payah isi borang, tak payah jadi pengundi, tak payah ada surat sokongan ahli majlis, JKK atau YB, tak perlu dengar ceramah, tak perlu duduk dalam majlis untuk majlis penyampaian tak payah cop ADUN atau Ahli Parlimen, tak payah naik teksi atau bas untuk ambil, tak payah ambil gambar beramai-ramai dan tak payah tunggu lama-lama,” tulis beliau di laman Facebook.

Sumber: erabaru

Terima kasih kerana membaca. Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua.