Wahai Emma sayang tolong jangan berubah ye, pakai tudung macam dulu lagi” – Netizen


Sebelum ini Emma memohon maaf atas kesalahannya apabila gambar mesra dia dengan Syed Abdullah tersebar di laman sosial. Menyesali perbuatannya itu, dia membuat permohonan maaf secara terbuka di entri instagram miliknya. Rata rata netizen memuji sikap berani Emma. Mengenai gambar yang tidak sepatutnya tular di laman sosial, gambar tersebut menunjukkan Emma bergambar dengan tidak memakai tudung bersama abang kepada men teri belia dan sukan Syed Abdullah menimbulkan kecaman daripada netizen.

Melalui entri instagram Emma, dia memohon maaf secara terbuka kepada semua peminatnya mengenai gambar tersebut.

Berkali kali dia memohon maaf dan menyatakan dia lalai dan sememangnya salahnya bukan salah kawannya mahupun keluarga. Dalam statusnya dia mengaku apa yang terjadi adalah salahnya, dan memohon agar semua peminatnya agar memaafkan dan dapat menyokongnya kembali. Dia juga berterima kasih atas segala nasihat daripada peminatnya yang telah menyedarkannya.

Tetapi melalui status 2 hari lepas, dia memuat naik gambarnya memakai tudung menampakkan leher, menjadi kecaman hebat dari netizen. Rata rata netizen kecewa dengan sikap Emma yang baru memohon maaf tetapi telah menunjukkan aurat leher di umum.

Ada juga peminatnya meminta Emma supaya kembali bertudung seperti dulu.

Semoga Emma kembali bertudung seperti dulu. Ramai peminat yang suka penampilan emma yang menutup aurat.

Biodata Emma Maembong

Fatimah Rohani binti Ismail (lahir 27 Mac 1992), secara profesionalnya lebih dikenali sbg Emma Maembong, merupakan seorang pelakon dan model Malaysia.

Beliau dikenali menerusi wataknya sbg Munirah dlm drama Kau Yg Terindah , sbg Nawwal Husna dlm Projek Memikat Suami , sbg Aryana dlm Yes Boss , sbg Medina Izwani dlm Isteri Separuh Masa , sbg Farhah dlm Tersuka Tanpa Sengaja dan sbg Emma Harlini dlm #AssalamualaikumCinta .

Emma sebenarnya menggabungkan nama beliau dgn nama ayahnya, Ismail Embong utk nama komersialnya. Sebelum ini, Emma turut berlakon dlm drama TV Alhijrah, Facebook Ustazah Shamsiah, arahan Erma Fatima sbg pelajar sekolah. Emma mendapat kepercayaan Erma Fatima sekali lagi dan telah diberi peranan sbg Munirah dlm Kau Yg Terindah.

Menurut Emma, beliau ​​yang pertama kali menggambarkan watak seperti Munirah, yg merupakan seorang watak yg sangat mencabar (perempuan yg terjebak dgn kekasihnya).

Selesai lakonannya dlm Kau Yg Terindah pd thn 2012, namanya menjadi terkenal selepas itu.Walaupun dia hanya berlakon sbg watak sampingan, dia juga mendapat peminatnya disebabkan mukanya kelihatan seperti Pan-Asia.

Bagaimanapun, beliau menerima banyak teguran mengenai kualiti lakonannya. Emma menerima kritikan dgn hati yg terbuka dan berjanji utk meningkatkan kemahiran lakonannya kerana ia adalah drama pertamanya dan dia tidak mempunyai pengalaman dalam lakonan.

Emma adalah anak kesembilan drpada sebelas adik-beradik. Bapanya adalah Melayu manakala ibunya ialah Scotland. Ibu bapanya telah bercerai dan Emma memilih utk tinggal dgn bapanya. Bapa Emma adalah seorang pelu kis Malaysia dan dia juga mengikuti jejak langkah bapa beliau dan mempunyai bakat dlm lukisan.

Beliau banyak membuat sumbangan seni beliau sendiri dipamerkan di galeri keluarga mereka sendiri yg dikenali sbg Galeri Seni Maembong. Adik Emma Cha Cha Maembong dan kakaknya Yaya Maembong juga seorang pelakon. Pd thn 2014 Emma mula bertudung

Apa pendapat semua? Apa kata komen dan kongsikan pada semua. Terima kasih

Sumber : Ig Emma maembong