Hey You, Hijabista You, Biadap You, No Manners You! – Watak Kak Su Menjadi, Nama Reen Rahim Jadi Sebuutan Ntizen


Nama pelakon cantik, Reen Rahim kian menjadi sebuu tan kerana wataknya dalam drama bersiri Pujaan Hati Kanda.Memegang watak sebagai Kak Su, lakonan yang dipaparkan oleh Reen sangat menjadi.Malah, beberapa dialog yang dituturkan oleh Reen dalam drama bersiri itu turut tular di media sosial. Menerusi laman Twitter, sedutan babak karakter Kak Su yang memarahi watak Nadine lakonan aktres Sarah Hildebrand menjadi sebuu tan netizen.

Video:

Rata-rata netizen memuji watak terbabit dan menggemari cara lakonan Reen yang mnggalkan kesan di hati penonton

weh aku perasan tweet ni siang tadi tapi tak perasan hang tau dak, bila muncul lagi sekali kat tl aku baru perasan hang weh teruih i rt tanda support dan scene ni memang fani terox

TRUUUE WEHHH TRUE SANGAT. NI MCM DEFINISI PANDAI BERLAKON TAK KAYU KAN WEH TOLONGLAH CAKAP YE. sbb dia ngan mira filzah berlakon adik beradik menjadi. Mmg mcm adik beradik.

watak dia semua masuk akal.watak kak su dia punya real tu serius mcm kita dok melawak adik beradik,tiara pulak kalau org serang dia,dia lawan balik tak diam mcm watak2 lain ‘tak payah buat air lah kakak’!!pali psycho tapi lawakahh semua bleh terima la!!

You ingat you dengan baju harimau bintang you I takut?!

Reen rahim bawak watak dia sebijik mcm kakak in real life je. Dia punya garang, protect adik, suka ngusik. Real betul

Selain Reen dan Sarah, Pujaan Hati Kanda dibintangi oleh Remy Ishak, Mira Filzah, Syazwan Zulkifly dan ramai lagi.

Ramai terhibur dengan gelagat kak su, apa komen semua?

Sumber astro gempak