Jika adikku syafiqah masih hidup, kau temukan lah kami adik beradik semula.


Sebenarnya tak tahu nak mula dari mana. Aku perkenalkan diri aku dulu, orang panggil Amir (bukan nama sebenar). Aku berusia 24 tahun. Aku tak pandai nak buat ayat macamana dan nak cerita macamana, tak kisah lah janji korang faham apa yang nak aku sampaikan.

Aku ni dilahirkan bukan dari keluarga yang senang, sejak kecil lagi hidup susah, ibubapa aku susah sampai tahap tak boleh nak bagi 0.20sen kat kitaorang bawak bekal sekolah. Mak aku ni anak angkat pada arwah nenek aku, nenek aku jaga anak cina mana entah dan sampai sekarang tak tahu asal usul mak aku dari mana. Sekarang bukan nak cerita pasal mak aku. Nak cerita pasal adik aku yang mak dan abah aku bagi nama Syafiqah/shafiqah binti ***off.

Syafiqah ni adik beradik kitaorang yang ke 9, lupa dah lahir tahun bila sebab masa tu aku kecil lagi. Masa orang datang rumah nak ambik syafiqah ni jadi anak angkat pun kitaorang dibawa keluar dari rumah sebab takut kitaorang menangis. Abang yang sulong bawak kitaorang tepi sungai sebab takut sedih sebab syafiqah ni ada orang nak ambik.

Kalau tak silap tahun 1997-1999 macam tu, Nak tanya abah takut abah sedih. Nak tanya mak lagi la mak sedih. Amir tahu mak abah buat semua ni bersebab, sebab susah sangat kehidupan masa tu, abah kerja kampung je, mak pula tak kerja, nak sekolahkan abang2 lagi masa tu, semua kecik2 lagi, paling sulong pun umur 20++ , tu pun tak sekolah habis sebab abah tak ada duit.

Mesti korang tertanya2 macamana parents kau sanggup bagi anak sendiri kat orang lainkan. Dalam hal ni kitaorang tak pernah salahkan mak/abah. Kami faham keaadan masa tu. Abang sulong terpaksa berhenti sekolah sebab nak kerja bantu abah jaga adik2, abang antara top student kat sekolah yang sanggup korbankan masa depan dia demi adik2 yang lain, Abah je ikut orang kelaut tangkap ikan, kadang ada rezeki, kadang takde. Depends pada rezeki. Mak kat rumah jaga kitaorang adik beradik. Alhamdulillah semua diberi kasih sayang yang cukup oleh mak dan abah.

Sepanjang mak pregnant mak selalu pergi checkup dekat 1 klinik daerah rumah kitaorang, disitu lah mak kenal sorang nurse ni. Nurse tu la yang kenal kan mak dan abah dekat sedara dia yang jaga syafiqah ni. Sepanjang mak checkup nurse ni la yang selalu tolong apa2, sampai tiba2 dia mintak izin mak untuk jaga anak dalam kandungan tu untuk sedara dia, katanya seorang cikgu. Dulu abah ada simpan no phone cikgu tu, tapi sekarang dah hilang, nurse tu pun dah tukar klinik.

Masa nak ambik syafiqah tu, cikgu tu ada tanya abah nak apa2. Abah cakap la nak duit sikit untuk belanja anak2 yang lain, mungkin cikgu tu ingat abah nak jual anak ke apa sebab sampai sekarang dia tak pernah bawak lagi si syafiqah tu jenguk keluarga asal dia. Mesti ramai yang bash kenapa parents kau sanggup buat macam ni kan, Kepada siapa2 yang tak merasa kehidupan kitaorang sekeluarga tak perlu nak buat andaian sendiri.

Abah baik, abah tak berjudi, abah tak minum, abah tak main perempuan, abah jaga kitaorang adik beradik 11 orang sehingga berjaya buat dia bahagia. Syafiqah ni anak ke-9 dalam adik beradik kitaorang. Sekarang dia dah besar, dalam umur 20-18 macam tu. Pernah jugak tanya abah, tak nak cari balik adik syafiqah, teringin nak kenal adik syafiqah, masa cikgu tu ambik pun syafiqah baru beberapa hari keluar hospital, sebab tu Mak sedih sampai sekarang, emosi terganggu.

Kami adik beradik mampu berdoa setiap hari agar ditemukan semula adik syafiqah, mesti mata sepet macam mak macam adik beradik lain. Ya Allah jika adikku syafiqah masih hidup, kau temukan lah kami adik beradik semula. Aku tahu hanya dengan berdoa kepadaMu aku akan dapat segala sesuatu. Sebelum aku mengundur diri, minta maaf kalau setiap yang aku tulis buat kalian pening membaca nya, coretan ni spontan keluar dari hati. Assalamuakaikum.

– Amir Via IIUM