Dr Hamid Arshad dedahkan Senarai Makanan Bantu Kecutkan Cyst & Fibroid Pada Rahim Wanita


Kaum wanita sering mengalami masalah pada rahim seperti cyst, fibroid dan endometriosis dan tidak menyedarinya sehinggalah mereka merasai sendiri kesakitan itu. Antara simptom penyakit ini ialah pendarahan yang banyak, senggugut kronik, perut semakin membuncit, sakit ketika hubungan intim dan kencing terlalu kerap.

Menurut Dr Hamid Arshad, kongsi beberapa tips pemakanan yang betul buat pesakit mengalami masalah peranakan seperti cyst, fibroid dan endometriosis akan pulih dengan penjagaan makanan yang betul.
Punca dari hormon estrogen

Ketumbuhan seperti cyst, fibroid atau ka nser berpunca dari hormon estrogen yang berlebihan dalam badan wanita. Oleh itu makanan yang di ambil oleh setiap pesakit perlulah dapat mengurangkan penghasilan hormon estrogen berlebihan. Masalah ini dapat diatasi sekiranya wanita peka dengan penjagaan makanan yang betul.
Menghalang pembentukan estrogen

Berikut merupakan senarai pemakanan yang disarankan oleh Dr Hamid Arshad. Ambil makanan yang bertindak sebagai anti estrogen. Makanan-makanan ini mengandungi aromatase inhibitor yang akan menghalang pembentukan estrogen.

Buah delima

Sayur-sayuran seperti brokoli, kobis, califlour, bak choy, lobak putih

Minyak zaiton

Cendawan

Anggur merah 

Oats

Teh hijau

Buah-buahan citrous seperti lemon, limau nipis

Kacang almond, walnut, peanuts, gajus

Bawang merah

Perlu ambil suplimen

Bawang merah

Kunyit

Spirulina, chorella

Sayuran hijau seperti sawi, bayam, salad 

Minyak kelapa dara

Bawang putih

Kucai dan saleri

Berries – blueberries, black currant.

Maca

Fax seeds

Makanan fermented – yogurt, tapai, kimchi

Selain dari senarai makanan yang dicadaangkan ini, anda juga disarankan supaya mengambil suplimen untuk mempercepatkan kesembuhan seperti vitamin C, vitamin E, kalsium, multivitamin, minyak ikan omega 3.

Sumber: Sinar, Dr Hamid

Jika Anda Sukakan Artikel ini, Sila Kongsikan untuk Manfaat bersama