Sepuluh Keluarga Paling Kaya Di Asia.. No. 2 Tu 1 Dunia Goyang!


Senarai ini adalah berdasarkan nilai kekayaan pada tahun 2017 yang dikeluarkan oleh Forbes.

10. KELUARGA CHIRATHIVAT (THAILAND)
10 Keluarga Paling Kaya Di Asia.. No. 2 Tu 1 Dunia Goyang!

Sumber Foto: pattayatoday.net

Anggaran Nilai Kekayaan: US$19.3 bilion

Klan peruncit ini merupakan pemilik kepada pemaju pusat beli belah iaitu Central Group, yang memperolehi 30% daripada US$9.6 bilion pendapatannya dari luar negara.

Pada tahun 1927, Tiang Chirathivat yang merupakan immigran dari China membuka kedai runcit pertama beliau di Bangkok. Kedai tersebut diberi nama Keng Seng Lee.

Pada tahun 1956, anak Tiang iaitu Samrit membuka sebuah department store pertama negara tersebut, di kawasan kejiranan Wang Burapha di Bangkok.

Kini diterajui oleh cucu Tiang, syarikat berkenaan memiliki perniagaan fesyen Zalora. Mereka mempunyai kerjasama dengan JD.com sebuah, syarikat China dengan pelaburan bersama sebanyak US$500.

9. KELUARGA SY (FILIPINA) – SM INVESTMENTS CORPORATION
10 Keluarga Paling Kaya Di Asia.. No. 2 Tu 1 Dunia Goyang!

Sumber Foto: celebfamily.com

Anggaran Nilai Kekayaan: US$20.1 bilion

Henry Sy merupakan individu paling kaya di Filipina. Beliau bermula dengan perniagaan kedai kasut di Manila dan kemudiannya sebagai pemaju hartanah melalui SM Prime.

SM Inverstment Corp. milik keluarga ini kini merupakan peruncit terbesar di Filipina, mempunyai lebih 200 outlet kedai. 6 daripada anak-anak beliau terlibat dengan pengurusan syarikat, dengan penglibatan aktif bersama cucu-cucu beliau.

Cucu lelaki beliau iaitu Howard baru-baru ini memulakan perusahaan beliau sendiri iaitu StorageMart, sebuah syarikat penyimpanan barang di Makati, Filipina.

8. KELUARGA CHENG (HONG KONG) – CHOW TAI FOOK
10 Keluarga Paling Kaya Di Asia.. No. 2 Tu 1 Dunia Goyang!

Sumber Foto: scmp.com

Anggaran Nilai Kekayaan: US$22.5 bilion

Pengasas keluarga ini baru sahaja meninggal dunia pada September 2016. 4 tahun sebelumnya, beliau melantik anak sulung beliau, Henry sebagai pengerusi dan pengarah eksekutif syarikat emas keluarga iaitu Chow Tai Fook dan konglomerat New World.

Anak perempuan Henry, Sonia menyelia bidang perhotelan dan telah membeli syarikat bertaraf bintang Rosewood Hotels pada tahun 2011.

Anak lelaki beliau, Adrian menguruskan New World dan menubuhkan C Ventures, sebuah syarikat pelaburan yang mempunyai fokus terhadap pasaran fesyen China.

7. KELUARGA KWEK / QUEK (MALAYSIA) – HONG LEONG GROUP
10 Keluarga Paling Kaya Di Asia.. No. 2 Tu 1 Dunia Goyang!

Sumber Foto: celebfamily.com

Anggaran Nilai Kekayaan: US$23.3 bilion

Lebih daripada 15 orang ahli keluarga ini menguasai Hong Leong Group, sebuah konglomerat dengan penglibatan dalam kewangan hinggalah ke bidang hartanah.

Sejarah keluarga ini berbalik kepada tahun 1941, apabila Kwek Hong Png mengasaskan sebuah syarikat bersama 3 orang adik beradik beliau.

Anak sulung beliau, Kwek Leng Beng kini mengendali operasi di Singapura. Cucu lelaki beliau iaitu Sherman akan mengambil alih syarikat keluarga City Developments pada Januari 2018 sebagai Ketua Eksekutif.

Sepupu beliau iaitu Quek Leng Chan kini mengendalikan urusan Group tersebut di Malaysia.

6. KELUARGA LEE (SHAU KEE) (HONG KONG) – HENDERSON DEVELOPMENT
10 Keluarga Paling Kaya Di Asia.. No. 2 Tu 1 Dunia Goyang!

Sumber Foto: scmp.com

Anggaran Nilai Kekayaan: US$29 bilion

Shau Kee berpindah ke Hong Kong dari Guangdong, China pada tahun 1948 dan memulakan perdagangan logam berharga dan pertukaran mata wang. Beliau merupakan pengasas bersama syarikat hartanah Sun Hung Kai bersama 2 orang rakan kongsi.

Namun kerana tidak sehaluan, beliau meninggalkan syarikat tersebut dan mengasaskan sebuah syarikat hartanah iaitu Henderson Development pada tahun 1973. Beliau kini merupakan pengerusi syarikat berkenaan.

Anak lelaki beliau, Peter kini mengendalikan operasi di China, manakal anak perempuan, Margaret adalah seorang eksekutif di syarikat tersebut.

5. KELUARGA R. BUDI & MICHAEL HARTONO (INDONESIA)
10 Keluarga Paling Kaya Di Asia.. No. 2 Tu 1 Dunia Goyang!

Sumber Foto: marcopolis.net

Anggaran Nilai Kekayaan: US$32 bilion

Selepas keluarga kaya raya iaitu keluarga Salim hilang penguasaan terhadap Bank Central Asia (BCA) ketika krisis ekonomi Asia 1997-1998, keluarga Hartono mengambil peluang ini dengan melabur ke BCA.

Keluarga Hartono memperolehi 2/3 daripada pendapatan mereka melalui pelaburan di BCA.

Sumber pendapatan awal keluarga ini adalah melalui sebuah syarikat pengeluar rokok, Djarum yang ditubuhkan oleh bapa adik beradik Hartono. Kini Djarum dikendalikan oleh Victor, anak kepada Budi Hartono.

Antara aset keluarga ini termasuklah jenama elektronik Polytron dan hartanah di Jakarta.

4. KELUARGA CHEARAVANONT (THAILAND) – CHAROEN POKPHAND (CP) GROUP
10 Keluarga Paling Kaya Di Asia.. No. 2 Tu 1 Dunia Goyang!

Sumber Foto: celebfamily.com

Anggaran Nilai Kekayaan: US$36.6 bilion

Perniagaan keluarga ini berbalik kepada tahun 1921, apabila adik beradik Chia ek Chor dan Choncharoen Chiaravanont membuka sebuah kedai menjual biji benih yang diimport daripada China, untuk dibekalkan kepada petani di Thailand.

Kini, Group syarikat berkenaan dikendalikan oleh anak Chia, iaitu Dhanin. Dhanin memainkan peranan sebagai pengerusi dan berkongsi pendapatan bersama 3 orang adik beradik dan saudara beliau.

Pada Januari 2017, selepas 48 tahun berkhidmat sebagai pengerusi dan CEO, Dhanin melepaskan jawatan tersebut kepada anak beliau, Soopakij sebagai pengerusi. Cucu beliau, Suphachai memainkan peranan sebagai CEO baharu.

3. KELUARGA KWOK (HONG KONG) – SUN HUNG KAI & CO
10 Keluarga Paling Kaya Di Asia.. No. 2 Tu 1 Dunia Goyang!

Sumber Foto: nerveng.blogspot.my

Anggaran Nilai Kekayaan: US$40.4 bilion

Kwok Tak-Seng mengasaskan Sun Hung Kai & Co. bersama Fung King Hey dan Lee Shau Kee pada tahun 1969. 3 tahun kemudian, beliau menubuhkan Sung Hung Kai Property secara persendirian.

Pada Jun 2017, syarikat ini berjaya berjaya mencapai rekod penjualan di bawah kontrak sebanyak US$6.7 bilion, Ini merupakan peningkatan sebanyak 28% daripada pendapatan daripada 12 bulan sebelumnya.

Syarikat ini kini telah berkembang ke China, dengan 60% daripada 120 juta kaki persegi hartanahnya terletak di negara tersebut.

2. KELUARGA LEE (BYUNG-CHUL) (KOREA SELATAN) – SAMSUNG ELECTRONICS
10 Keluarga Paling Kaya Di Asia.. No. 2 Tu 1 Dunia Goyang!

Sumber Foto: img.koreatimes.co.kr

Anggaran Nilai Kekayaan: US$40.8 bilion

Pada tahun 1938, mendiang Lee Byung-Chul memulakan syarikat beliau sebagai sebuah kedai runcit yang menjual pelbagai barangan harian termasuklah ikan kering. Perniagaan beliau telah berubah menjadi kepada sebuah empayar, dan kini menjadi pengeluar telefon pintar dunia beserta barangan elektronik yang lain.

Pada era 1990an, konglomerat ini berpecah kepada 4 entiti bebas, iaitu Samsung, CJ, Shingsegae dan Hansol. Kesemua perniagaan ini kini dikendalikan oleh generasi kedua dan ketiga keluarga Lee.

Empayar perniagaan Samsung kini menghasilkan pendapatan lebih daripada US$300 bilion jualan tahunan daripada barangan elektronik, peruncitan, makanan, hiburan dan lain-lain.

1. KELUARGA AMBANI (INDIA) – RELIANCE GROUP
10 Keluarga Paling Kaya Di Asia.. No. 2 Tu 1 Dunia Goyang!

Sumber Foto: youtube.com

Anggaran Nilai Kekayaan: US$44.8 bilion

Dhirubhai Ambani merupakan pengasas kepada keluarga ini. Sebelum mengasaskan syarikat Reliance Textile Industries, beliau pernah bekerja di stesen minyak di Yaman. Beliau juga pernah memiliki perniagaan rempah ratus sebelumnya.

Reliance Textile Industries menjadi jenama tekstil terkenal di India setelah ia dilancarkan. Selepas kematian Dhirubhai pada tahun 2002, anak mendiang, Mukesh dan Anil mengambil alih group syarikat berkenaan dan dikatakan tidak serasi.

Empayar perniagaan tersebut kemudiannya berpecah, dan Reliance Group terus diterajui oleh Mukesh. Selain industri tekstil, syarikat ini turut menceburi beberapa bidang perniagaan lain seperti telekom, minyak, dan lain-lain.

SAMBUNGAN SENARAI KELUARGA PALING KAYA DI ASIA

11. Keluarga Premji – US$19.2 bilion / India / Wipro

12. Keluarga Hinduja – US$18.8 bilion / UK

13. Keluarga  Tsai (Wan-Tsai) – US$17.7 / Taiwan /  Cathay Financial

14. Keluarga Mittal – US$17.2 / India / ArcelorMittal

15. Keluarga Kuok – US$16.6 bilion / Malaysia / Kuok Group

16. Keluarga Mistry – US$16.1 bilion / India / Shapoorji Pallonji Group

17. Keluarga Chung – US$14.8 bilion / Korea Selatan / Hyundai

18. Keluarga Saji – US$14.2 bilion / Jepun / Suntory

19. Keluarga Birla – US$14.1 bilion / India

20. Keluarga Godrej – US$14 bilion / India / Godrej Group

21. Keluarga Pao – US$13.4 bilion / Hong Kong / BW Group

22. Keluarga Yoovidhya – US$13.1 bilion / Thailand

23. Keluarga Kadoorie – US$11 bilion / Hong Kong / CLP Holdings Ltd.

24. Keluarga Widjaja – US$10.4 bilion / Indonesia / Sin Armas Group

25. Keluarga Ng – US$9.7 bilion / Singapura / Far East Organization

26. Keluarga Bajaj – US$9.3 bilion / India / Bajaj Group

27. Keluarga Salim – US$8.8 bilion / Indonesia / Salim Group

28. Keluarga Koo – US$8.7 bilion / Korea Selatan / LG Corp.

29. Keluarga Lohia – US$8.68 bilion / Indonesia / Indorama Corporation

30. Keluarga Lee Man Tat – US$8.4 bilion / Hong Kong

Rujukan: forbes.com