Dr Hamid Arshat kongsi cara rawat batu karang dalam hempedu Dan Tak perlu bedah.


Mengalami penyakit batu karang didalam hempedu memang ‘menyeksakan’. Antara tanda-tanda awal penyakit ini adalah seperti hilang selera, badan lesu dan mata kabur. Kulit serta mata putih nampak kekuningan. Malah terasa sakit yang teramat pada pinggang bagai dicucuk-cucuk, rasa loya nak muntah serta demam secara tiba-tiba.Jika sampai ke tahap yang teruk ia memerlukan pembedahan membuang hempedu untuk mengeluarkan batu-batu tersebut.

Namun tak perlu bimbang, menurut perkongsian oleh Dr Hamid Arshat, penyakit batu karang pada kilang hempedu ini boleh dirawat tanpa perlu dibedah mengikut petua berkesan ini.

Berikut antara perkongsian beliau;
“3 HARI LEPAS SAYA JUMPA KAWAN YANG KENA BATU KARANG DIKILANG HEMPEDU DAN IKUT RAWATAN SEPERTI DIATAS DAN DIA KATA MEMANG BERKESAN TANPA PERLU BEDAH.”

Petua nak rawat batu karang dalam kilang hempedu (Gall Bladder Stones).

Bahan-Bahan:
Jus Epal
Garam Epsom (magnesium sulfat)
Minyak Zaitun
Jus Lemon

Cara-Caranya:
1. Minum 4 gelas jus epal setiap hari selama 5 hari berturut-turut.

2. Hari ke-6, jangan makan malam (dinner).

3. Pada pukul 6 petang, makan satu sudu camca garam Epsom (magnesium sulfat) yang boleh dibeli di farmasi.

4. Pukul 8 malam, ulang kembali makan garam Epsom.

5. Pukul 10 malam, campurkan 1 cawan (250 ml) minyak zaitun (olive oil) atau minyak bijan (sesame oil) dengan jus lemon (3biji). Kemudian minum.

6. InsyaaAllah, keesokan paginya, sewaktu buang air besar akan kelihatan batu-batu karang keluar.

Tujuan Penggunaan:
Lemon adalah untuk menumpulkan permukaan batu-batu hempedu. Supaya tidak mencederakan organ dalaman semasa proses bergerak keluar dari hempedu.

Epal hijau pula bertujuan untuk melembutkan batu-batu hempedu agar ia senang dan mengelongsor keluar dari hempedu.

Minyak zaitun. Selepas berpuasa, minyak zaitun masuk ke dalam badan, ia akan dikesan sebagai kandungan lemak yang tinggi. Isyarat akan dihantar kepada hempedu supaya bekerja keras. Secara tidak langsung batu hempedu akan dipam keluar semasa hempedu bekerja pada tahap luar biasa ini.

Garam Epsom pula membantu membuka saluran hempedu.

Semoga Bermanfaat & Selamat Mencuba.

Sumber: Dr Hamid Arshat Via beritadinding.blog
Makanan punca batu karang.Lelaki paling ramai menghidap penyakit ini.
Menikmati makanan enak sudah sebati dalam budaya masyarakat kita. Mana tidaknya, perkara yang sering bermain di fikiran ialah apakah hidangan lazat yang ingin kita nikmati hari ini dan bukannya makanan sihat yang harus diambil untuk mengekalkan tahap kesihatan tubuh. Budaya ini menyebabkan ramai dalam kalangan kita sakit, bukan disebabkan tidak cukup makan sebaliknya kerana terlebih makan. Tahap kesedaran untuk mengamalkan gaya hidup dan pemakanan sihat masih kurang terutama dalam kalangan golongan muda yang lebih mengutamakan kepuasan diri semata-mata.

Jika ada kesedaran sekalipun, kadang kala ia diketepikan demi memenuhi tuntutan nafsu makan biarpun tahu makanan berkenaan boleh memudaratkan badan apabila semakin meningkat usia.

Bentuk struktur seperti kristal

Banyak makanan boleh menjadi punca batu karang iaitu dari struktur keras menyerupai kristal yang terbentuk daripada bahan mineral di bahagian antara ginjal hingga ke saluran kencing akibat masalah kekurangan air dalam tubuh badan manusia.

“Buah pinggang berperanan sebagai alat penapisan bahan toksik, yang mana mineral dan garam asid dalam air kencing boleh termendap di dalam organ berkenaan. Apabila tubuh seseorang kekurangan air, bahan ini boleh membentuk kristal dan seterusnya menjadi batu karang.

“Biasanya, batu karang terbentuk di ginjal, tetapi kadang kala ia boleh beralih atau jatuh dan tersangkut di dalam saluran buah pinggang (ureter). Ini akan menyebabkan buah pinggang tersumbat dan rosak.

Menurutnya, batu karang juga adalah unsur kuman yang boleh menyebabkan masalah kencing kotor, pendarahan dan pendarahan dalam kencing, malah jika dibiarkan boleh mengakibatkan maut.

“Meskipun tidak banyak kes kronik yang menyebabkan kematian, penyakit ini jika dibiarkan berlarutan dalam tempoh yang lama boleh menyumbang kepada penyakit kritikal lain seperti kanser prostat sekali gus meningkatkan risiko kes kematian.

Lebih ramai pesakit lelaki

Tambahnya, masalah batu karang lebih mudah menyerang lelaki berbanding wanita kerana beberapa faktor, terutamanya gaya hidup tidak sihat yang menyumbang kepada masalah ini.

Fakta itu dibuktikan menerusi kajian global yang melaporkan tiga orang lelaki bagi setiap seorang wanita mempunyai masalah batu karang disebabkan gaya hidup.

“Lelaki boleh dikatakan kurang mengambil air kosong seperti yang disarankan setiap hari sekali gus menyebabkan berlaku dehidrasi. Selain itu, gaya hidup lelaki yang membuatkan mereka lebih senang mengalami kegemukan dan juga gaya pemakanan yang tidak seimbang menjadi punca mereka mendapat batu karang,” katanya.

Selain itu, saluran air kencing lelaki yang kompleks berbanding wanita juga dikatakan antara punca kecenderungan itu, namun risiko berkenaan boleh dikurangkan jika mereka mengubah gaya hidup.

“Apa yang penting, tidak kira lelaki atau perempuan, kedua-duanya perlu mengubah gaya hidup mereka ke arah yang lebih sihat.

Kencing bernanah

Biasanya seseorang rasa sakit disebabkan batu karang besar yang menyebabkan buah pinggang atau saluran buah pinggang tersumbat. Air kencing bertukar menjadi nanah apabila berkumpul dengan lama dalam buah pinggang yang tersumbat.

“Jika seseorang itu mengalami kencing berdarah, air kencing kotor, sakit di kawasan pundi kencing, wujud butiran pasir di dalam air kencing dan demam serta badan menggigil, kebarangkalian individu ini menghidap penyakit ini adalah tinggi.

“Jika ada gejala ini, jumpa doktor dengan segera untuk menjalani ujian darah dan air kencing, sinaran X, ultrasound dan imbasan tomografi berkomputer (CT scan),” katanya.

Bagi pesakit yang mempunyai saiz batu karang kecil, mereka perlu minum air dengan banyak selain perlu mengambil ubat tahan sakit dan ubat untuk menghancurkan batu karang yang kemudiannya akan keluar bersama air kencing.

“Ada juga ubat membantu mengeluarkan batu karang dalam saluran buah pinggang dengan lebih cepat. Ubat sebegini melonggarkan saluran ureter dan menyebabkan batu karang jatuh ke pundi kencing, seterusnya keluar bersama air kencing,” katanya.

INFO

Jenis batu karang

– Kalsium

– Asid urik

– Struvite (batu magnesium ammonium fosfat)

– Cystine

Faktor risiko

– 10 peratus daripada pesakit mempunyai sejarah keluarga yang juga menghidap penyakit batu karang

– Kerap berlaku di negara bercuaca panas

– Gaya hidup yang kurang aktif

– Dehidrasi (minum air kurang 1,200 mililiter sehari)

– Pemakanan tinggi protein haiwan, tinggi sodium/garam, dos vitamin C dan D yang tinggi

– Jangkitan kuman saluran kencing yang berulang. Bakteria yang menghasilkan urease (enzim yang memangkinkan hidrolisis urea kepada amonia dan karbon diaoksida) membuatkan seseorang cenderung kepada pembentukan batu karang

– Ketidakseimbangan tahap kalsium dalam badan boleh menyebabkan pembentukan batu karang

– Lebihan asid urik pada tahap tinggi boleh menyebabkan batu karang

Gejala

– Kencing berdarah

– Sakit belakang/kawasan pundi kencing

– Wujud butiran pasir di dalam air kencing

– Jangkitan saluran kencing (batu karang ialah punca jangkitan)

– Demam dan badan menggigil

– Kencing kotor

Rawatan Extracorporeal Kejutan Gelombang Lithotripsy (ESWL)

– Kaedah pemecahan batu karang terbentuk dalam buah pinggang dan saluran buah pinggang tanpa membabitkan pembedahan

– Membabitkan tembakan gelombang yang menghancurkan batu karang

– Kaedah ini memakan masa kira-kira satu jam dan batu karang yang hancur keluar menerusi air kencing

– Sesuai untuk batu karang kecil yang boleh dikesan sinaran X

– Pesakit tidak perlu dibius seluruh atau separuh badan

– Rawatan pesakit luar

Nefrolitotomi Perkutaneus (PCNL)

– Pembedahan untuk membuang batu karang besar di buah pinggang

– Tebukan menembusi buah pinggang dan batu karang akan dipecahkan menggunakan tenaga ultrasound

Litotripsi Ureteroskopi (URS)

– Pembedahan untuk membuang batu karang di saluran buah pinggang

– Kaedah ini menggunakan skop yang dimasukkan melalui saluran kencing dan naik ke saluran buah pinggang

– Batu karang tersangkut di saluran buah pinggang akan dipecahkan menggunakan cara

pneumatik atau laser melalui skop

Vesikolitotripsi

– Pembedahan untuk memecahkan batu karang di pundi kencing

– Kaedah ini membabitkan skop yang membawa punca tenaga untuk memecahkan batu karang

Pencegahan

– Banyakkan minum air

– Kurangkan makanan yang boleh menyebabkan pembentukan batu karang

– Elakkan mengambil vitamin C melebihi empat gram (g) sehari kerana ia membawa kepada risiko pembentukan batu karang

– Protein haiwan tidak patut dimakan secara berlebihan kerana protein ini meningkatkan risiko pembentukan batu karang. Jumlah maksimum protein haiwan yang disyorkan untuk pemakanan adalah kira-kira 150g sehari

Makanan yang menggalakkan pembentukan batu karang

– Kacang tanah, walnut, gajus, kacang dal

– Ikan bilis, ikan sardin

– Bayam, cendawan

– Organ dalaman haiwan, daging merah

– Makanan laut seperti kerang, ketam dan udang

– Kentang, keledek

– Teh, coklat, soya

Sumber: beritadinding.blog

Jika Anda Sukakan Artikel ini, Sila Kongsikan untuk Manfaat bersama