Setelah Bertahun PJJ,Suami paksa jumpa Janda pujaan hatinya untuk slow talk, apa yang terjadi selepas tu buat anak ku terkebil kebil


Alhamdulillah, dapat juga melalui pengalaman alam perkahwinan PJJ beberapa tahun. Ending nya, inna Lillahi wa inna ilaihi rojiuun… aku dah bercerai. Takat tu ja yang tertulis di luh mahfuz aku dapat berbakti pada seorang suami.

Lets me introduce my ex. Ex aku kerja gov servant… Ada rezeki lbh… Alhamdulillah dia buat bisnes. Time nak buka tu, dia minta tlg sikit dr aku. Yelarr, that time kan suami isteri.. So… Aku bantu la takat mana yang aku mampu. After 3 month, dia kantoi layan janda dah ada anak . Aku takde lah gelabah sangat. Sakit hati pun tidaklah mebuak-buak. Coz, its not first time dia kantoi dengan aku. Every year.. Sepanjang perkahwinan, memang ade je yang kantoi. Lain² pompuan. Tinggi tahap kesabaran yang Allah kurniakan pada aku. Masya Allah…. Aku still boleh sabar walau pernah dipukul, di tipu, banyak kali dicurangi.

Dipendekkan cerita, 1 day ni.. ex paksa aku jumpa that janda kt sebuah kedai mkn. Try to slow talk dengan dia. Aku ingatkan dia pasal hukum agama. Kifarah kalau bukan pada dia, maybe anak perempuannya. And aku siap recall balik kehidupannya yg sdh bercerai. Dia dah rasa feeling hidup tanpa suami.. Specially, anak² tanpa bapa.. Kenapa dia tergamak mengkhianati kaum sendiri… Tapi.. Cinta dan kasih dah jatuh pada dua hati. Dia tetap melayan ex. And of coz my ex pn tergila² kat dia. Siap nak merayu kat janda tu utk jangan tinggalkan dia. Katanya, dia mmg playboy yg sedang berusaha utk berubah. Lepas discuss 2 jam lebih, ex tnya aku apa keputusan aku berbincang dengan janda tersebut. Aku just say “nothing” kat dia. Cuz, dari respon janda tu memang dia akan stay utk meneruskan saja kisah percintaan mereka. Than.. respon yg ringkas from my ex. ‘aku lepas kau, aku nak kahwin dengan dia… Allahuakbar’ .. Terkebil² my kids dengar dady dorang cakap macam tu.

Aku angkut anak² balik ke rumah. Berlalu pergi meninggalkan ex dengan janda yg digilakannya. The next day, kami berurusan ke mahkmah syariah, sah bercerai dengan talak satu.After 6 month divorced. Ex kahwin dengan janda pilihannya. Majlis berseri lagi dengan keluarganya.

Memandangkn tak kena jemput, terpaksalah meet dengan family dia after kenduri dah selesai semua. Mcm biasa bawalah sikit buah tangan utk mak mertua kesayangan. Kakak ipar yg aku sangat hormat… And tidak lupa juga hadiah untuk isteri baru ex suami ku. Walau dia buat tak layan aku… Aku tetap hulur tangan bersalaman cium² pipi dengan wanita yg ditakdirkan jadi isteri baru pada dady anak² ku.

Anak siap cakap time dalam kereta “kenapa bagi isteri dady hadiah. Dia yang curi dady dari kita”

Takde banyak benda nak cakap. Aku bagitahu anak² je, Rasulullah,…. Orang buat jahat kat baginda pun, baginda tetap membalas kebaikan. Kita kena ikut akhlak Rasulullah s.a.w

Walau kecewa dengan tindakannya selepas bercerai.. Aku tetap sabar… Aku tak kisah mana. Redha, ikhlaskan hati untuk beri semula harta yg takleh bawa mati kerana dia minta utk dipulangkan semula.

Mungkin kesakitan dan kebahagian selama tempoh pkhwinan, buat aku kuat dan redha untuk melepaskan dan dilepaskan. Aku yakin pada Tuhan. Pasti ada rahmat disebalik ujian .

Untuk wanita yang Allah pilih untuk di uji. Bertabalah.. Masalah yg datang semua dari Tuhan. So, mohonlah jalan penyelesaian dari Tuhan. Rajin-rajinlah bangun tengah malam. Mengadu pada Nya, merintih apa saja yang buat sesak dada kita. Tiba masanya, Allah akan keluarkan kau dari satu masalah dengan jalan yang kau tidak jangka.

Macam aku…
Bercerai juga akhirnya walau bertahun cuba mempertahankan kebahagiaan di dunia. Keep positive . Penceraian itu bukanlah pengakhiran untuk sebuah kebahagiaan. Tapi, insya Allah semoga ianya menjadi permulaan untuk kita berubah lebih dekat pada Allah dan beroleh kebahagiaan bukan saja di dunia, malah di akhirat nanti… Insya Allah. Moved on ya … Jangan lupa bersyukur pada Allah kerana melalui perkahwinan yang Allah rancang buat kita… Telah jadi penyebab kita berbakti pada seorang suami, merasa pengalaman menjadi seorang mamy dan banyak lagi nikmat² dari Nya yang tidak terhitung nilainya.

Keep strong yaa . Anyway, doakan kebahagian dady my kids dengan new wife. JANGAN KECAM MEREKA!! . Mereka berdua orang yg baik… Allah sayang mereka. And… jangan lupa juga doakan aku dengan kids agar beroleh hidayah dan rahmat Nya.

Untuk kau yang sama title dengan aku “janda”. Please jaga maruah kita. Jangan terlalu murah. Kalau dah terjerat dengan suami orang… Kuatkan hati untuk elak meneruskan hubungan yang boleh meruntuhkan rumahtangga sesorang. Mintalah bantuan dari Allah untuk jauhkan kita dari sikap yang boleh mendatangkan dosa. Jaga diri, hiasi peribadi . Moga Allah pilih jadi penghuni syurga.

Jika Anda Sukakan Artikel ini, Sila Kongsikan untuk Manfaat bersama