Anak kecil tidak tahu apa apa tapi dicium,akhirnya terpaksa dibedah buang paru-paru kanan


Apa yang berlaku pada bayi umur 5 bulan ini cukup menyedihkan. Selepas melahirkan anak sulung, Nurul Hudaa M. Basir, 39 (Danish Awisy) bersabar bertahun-tahun lamanya untuk mendapatkan anak yang kedua. Selepas anak keduanya lahir, semasa dalam pantang kehadiran anak ini dirasai. Ramai datang melawat, maklumlah ini anak yang begitu dinantikan selama ini. Dipeluk, dicium bayi itu tanpa sedar, rupanya tetamu yang datang ada yang batuk dan selesema.

Bila ditegah ibu, katanya tak mengapa. Cuma sekejap saja. Siapa sangka, rupanya bayi itu tidak dapat melawan serangan virus yang dibawa oleh tetamu yang sakit. Sudahnya bahagia ibu cuma sementara kerana perjalanan hidup mereka selepas itu berakhir di atas katil hospital.
Tolonglah Kedekut Dengan Bayi Anda
Ini sekadar peringatan. Cerita ini berdasarkan dari pengalaman Nurul sendiri. Terpulang sama ada mahu baca, mahu percaya, mahu ikut ataupun tidak. Tiada paksaan pun.

Anak Nurul yang kedua, Ahmad Darwisy Zaimi, 5 bulan atau lebih dikenali dengan panggilan Awisy sedang berada dalam proses penyembuhan dari sakitnya.

Awisy dilahirkan pada 8 November 2017. Sewaktu dilahirkan alhamdulillah dia dalam keadaan sihat. Tiada komplikasi kesihatan yang kritikal. Cuma awisy mempunyai G6PD dan kuning.

Dan sakitnya kini tiada kaitan lansung dengan G6PD.

Kisahnya bermula setelah Awisy keluar dari hospital kali kedua kerana kuning.

Awisy bukan sahaja dinantikan oleh kami anak beranak dan sanak saudara serta sahabat-sahabat Nurul pun amat teruja ingin melihat dan melawat Awisy.

Siapa yang tahu kisah Nurul dah tentu akan teruja ingin melihat si kecil ini yang sekian lama bukan takat lama. Tapi terlalu lama berlayar untuk berjumpa dengan kami. Itupun tanpa diduga. Alhamdulillah.

Pelawat berganti pelawat dan antaranya tak dikenali kerana mengikut rakan dan ada antaranya yang tidak sihat.

Nurul dah pun pesan terlebih dahulu. Sekiranya tidak sihat, demam batuk dan selesema, usahlah di sentuh baby tu.

Tapi ni bukan takat sentuh, tapi dicium sekali sambil mengatakan, “Alah, sikit je” sambil tertawa sinis.

Maka, dengan itu bermulalah sakitnya si Awisy.

Ini Yang Jadi Masa Umur Awisy Dalam Pantang
Selang 3 / 4 hari, diusia Awisy 28 hari, macam biasalah rutin pagi nak mandikan si Awisy, Nurul perasan lutut belah kanannya membengkak sehinggakan Awisy tidak dapat mengangkat kaki kanannya. Bila diusik dan dirasa, lututnya berasa amat panas sedangkan di tempat lain biasa saja.

Awisy pon waktu tu menangis sahaja sampai sukar untuk dipujuk..rupanya dia sedang kesakitan ya amat..

Kasihannya kamu sayangku..

Bila dirujuk ke hospital, maka doktor mengesahkan bahawa Awisy telah mendapat jangkitan kuman dan kuman tersebut telah berkumpul dalam lututnya.

Aduh! Memang terkejut besar. Sebab dalam semalaman lutut dia membengkak sampai macam tu sekali.

Dan bila di tanya oleh doktor, ada tak pelawat yang tidak sihat menyentuh atau menciumnya. Dah tentu Nurul kata ada.

Maka doktor mengatakan bahawa itu mungkin menjadi salah satu punca kuman tersebut.

Jangkitan kuman itu telah menyerang paru-parunya dan telah berada dalam darah.

Memang Sangat-sangat Jahat Kuman Ini
Maka, Awisy telah diberi antibiotik dan diberikan oksigen selama 3 minggu. Barulah diizinkan untuk pulang setelah doktor mengesahkan bahawa kuman itu telah clear.

So hati-hatilah semua pada ibu-ibu yang dalam pantang dalam hari ni.

Kurung anak pun tak apalah. Biarlah sampai dia diberi suntikan imunisasi terlebih dahulu.

Dan janganlah sesuka hati membenarkan sesiapa pun menyentuh baby kita tanpa membasuh tangan terlebih dahulu.

Lebih-lebih lagi yang tidak sihat. Kalau boleh tidak perlulah lawat baby.

Please!!kasihanilah baby itu.

Ku ingatkan jangkitan itu hanya di situ dan telah mati kumannya. TAPI itu hanyalah
Perkembangan Awisy Kini
Ketika ini, Awisy sudah pun dibedah dan sebelah kanan paru-parunya telah dibuang. Bersimen separuh badan sebab kuman dekat paru-paru dah terlalu teruk sampai memakan tulang belakang Awisy hingga bengkok. Sekarang tengah tunggu sama ada nak buka atau pasang baru simennya. Nak kena tengok sama ada tulang belakang dia dah ok dan kuman dah clear atau belum di bahagian itu.”

“Saya dah balik ek Melaka. Pada 26 April nanti akan ada check up di hospital. Selepas jangkitan kali pertama, Nurul masuk semula ke hospital kali kedua disebabkan kuman. Tarikhnya pada 10 Januari lalu. Terus masuk wad ICU di Melaka selama sebulan.

“Tapi keadaan Awisy makin teruk. Tu yan ditransferkan ke ICU HKL pada 19 Februari untuk jalani operation dan proses menyimen badan. Dan pada 20 Mac kami balik ke hospital Melaka.”

https://www.facebook.com/erny.shahira/videos/1743888872336708/

Sumber/Foto : Danish Awisy

Inilah Sebab Ibu Bapa Dilarang Cium Mulut Anak. Ini Kesan Bahaya Dibuktikan Oleh Dr Psikologi

Sejak akhir-akhir ini macam jadi trend mak ayah suka cium mulut anak, sebagai tanda kasih sayang yang tidak terhingga.Sebenarnya sayang macam mana sekalipun mak ayah, dilarang untuk cium pada bahagian mulut anak walaupun mereka masih kecil. Ini antara sebab-sebabnya:

3 Sebab Dilarang Cium Mulut Anak

1. Boleh Rangsang Syahwat
Bibir merupakan kawasan sensitif yang boleh merangsang syahwat Dr Charlotte Reznick, seorang penulis, psikologi pendidikan dan anak di Universitas California Los Angeles ,UCLA, berpendapat mengenai kesan buruk jika terlalu sering mencium anak-anak di bibir.

“Ketika seorang anak mencapai 4 atau 5 atau 6 dan pada usia sekitar itu keinginan seksualnya mulai muncul (dan beberapa anak-anak keinginan seksualnya muncul lebih awal, terkadang muncul pada usia 2 atau 3) dan ciuman di bibir akan mendorong keinginan seksual(syahwat) mereka.”

2. Mulut Pindahkan Kuman
Ada bayi yang terkena penyakit kerana sering diciumi bibirnya. Ingatlah bahawa mulut boleh memindahkan kuman melalui ciuman bibir, kerana kuman tersebut boleh masuk ke dalam tubuh.Pelbagai jenis penyakit boleh disebarkan melalui mulut.

3. Rasul dan Sahabat hanya mencium pipi anaknya
Mencium pipi merupakan tanda kasih sayang orangtua pada anaknya, maka hal ini diperbolehkan untuk dilakukan.Namun ada bahagian tertentu yang disarankan untuk mencium anak iaitu pada bahagian pipi, seperti yang pernah dilakukan oleh Saidina Abu Bakar ketika mencium puterinya, Aisyah.

“Aku masuk bersama Abu Bakar menemui keluarganya, ternyata Aisyah puterinya sedang berbaring kerana diserang sakit panas yang tinggi. Maka aku melihat ayahnya, Abu Bakar, mencium pipinya seraya bertanya: “Bagaimana keadaanmu, wahai puteriku?” (HR. Al-Bukhari no. 3918)

Walaupun tiada hadis khusus berkaitan perkara ini, tapi sebaiknya memang tak digalakkan untuk mencium anak pada bahagian mulut. Cukuplah tunjukkan kasih sayang pada anak dengan pelukan dan ciuman di pipi.
Sebenarnya, ada 4 tempat ciuman dan 2 tempat gosokan yang digalakkan mak ayah lakukan pada anak.

1. Ciuman di kepala adalah CIUMAN KEBANGGAN
Bila kita rasa bangga dengan pencapaian anak kita contohnya dia boleh skor A dalam exam dia cepat-cepat kita cium bahagian tengah kepala anak kita.

2. Ciuman di dahi adalah tanda REDHA
Bila anak kita buat sesuatu yang buat kita rasa redha dan ikhlas pada anak kita, dahi adalah tempat terbaik untuk kita cium.

3. Ciuman di pipi adalah ciuman RINDU
Bila ambil anak daripada taska atau bila anak baru balik daripada sekolah tempat terbaik nak cium adalah di pipi.

4. Cium  ditangan adalah bila kita rasa KASIH sangat pada anak kita
Ciuman di tangan ni sangat istimewa sebab tu kita kena ajar anak kita cium tangan kita.Untuk menzahirkan rasa hormat dalam diri.

Disamping itu, mak ayah boleh gosokkan dua tempat ini pada anak.

1. Gosok di belakang leher ye kalau anak-anak nampak risau atau tak tenteram.

2. Gosok di dada pulak sangat mujarab untuk kurangkan kenakalan anak-anak. Sambil gosok tu mak ayah boleh cuba selawat atau baca surah surah pendek macam Al Fatihah atau Ayat Kursi.

Jika Anda Sukakan Artikel ini, Sila Kongsikan untuk Manfaat bersama