Makan kambing, jadi pening? Rupa Rupanya itulah tanda badan bertindak dgn…


Setiap kali makan kambing kenapa rasa pening? Jangan kata orang tua, orang muda pun sama juga, tapi tak semua macam tu. Ada yang kata minum air lemon boleh neutral kan balik, tapi tak semua macam tu. Jadi sedikit penerangan di bawah mengenai kenapa makan kambing boleh pening.

Ramai yang sering mengadu sakit kepala apabila makan beberapa jenis daging terutamanya daging kambing. Kerana takutkan kolestrol yang tinggi, ramai juga yang menghidari daripada memakan daging ini.

Sebenarnya, rasa pening kepala itu merupakan tindak balas daging kambing itu yang mencegah penyakit darah tinggi dan obesiti.Penyakit darah tinggi adalah berpunca daripada kolestrol dalam darah yang terurai daripada kolestrol kambing tersebut. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isi padu darah meningkat.

Pesakit darah tinggi akan mengalami gejala pening akibat peningkatan isi padu darah apabila memakan daging kambing.Walaupun daging kambing berfungsi sebagai pengurai protein terbaik, pesakit darah tinggi tidak disarankan mengambil daging kambing sebagai terapi dan mengelakkan kesan yang diluar kawalan mereka.

Tetapi, bagi mereka yang tidak mengalami tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan risiko penyakit darah tinggi.

Apabila kolestrol gagal dicerna oleh hati,  lemak di bawah permukaan kulit akan terbentuk. Jika terlalu banyak lemaknya, ia akan menjurus kepada risiko obesiti. Pengambilan daging kambing oleh pesakit obesiti akan menyebabkan tekanan darah yang tidak stabil dan akan mengalami pening kepala.

Selain daripada itu, tahukah anda bahawa daging kambing juga pembakar lemak yang berlebihan dalam badan? Panas badan, berpeluh dan telinga berdengung merupakan antara pembakaran lemak daripada memakan daging kambing.

Khasiat & Kelebihan Daging Kambing

Mencantikkan kulit
Mempunyai vitamin C semula jadi yang tidak dioksidakan
Membina dan menjaga ketahanan sel kulit
Menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu serta mencantikkan kulit
Pengambilan protein secara berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit. Dan ia akan mudah dioksidakan dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga.

Proses ini yang menyebabkan kulit kelihatan gelap dan hangus sekirang berjemur di bawah sinaran matahari.Kandung vitamin C dalam daging kambing memberikan daya ketahanan yang lebih terhadap kulit kesan tindak balas protein yang terkena cahaya matahari.

Untuk mendapatkan kulit yang putih dan cantik, amalkan sahaja memakan daging kambing!Sebenarnya hal tersebut disebabkan oleh kandungan zat besi dan tyramin yang terdapat pada daging.

Gejala Pening Kepala Disebabkan Memakan Daging Terutamanya Daging Kambing Adalah Kerana Kurangnya Serapan Gula Ke Otak.

Makan daging yang banyak kandungan proteinnya boleh mengurangi serapan gula ke otak. Namun, punca kebanyakan orang mengalami pening adalah disebabkan oleh kandungan zat tyramin dan zat besi yang terdapat dalam daging tersebut.

Tubuh badan kita sebenarnya memerlukan zat besi sebagai bahan untuk menghasilkan protein hemoglobin yang bertujuan untuk mengangkut oksigen ke seluruh tubuh. Tapi kelebihan zat besi ini boleh jadi sedikit mudharat yang mengakibatkan pening dan sakit kepala.

Menurut National Poison Control Center, gejala yang biasanya muncul kerana kelebihan zat besi adalah pening, mual, lemah sakit kepala dan nafas pendek. Kelainan genetik yang disebut sebagai hemchromatosis juga boleh menyebabkan tubuh menghasilkan zat besi yang berlebihan.

Orang yang mempunyai kelainan genetik ini harus mengambil daging yang mempunyai zat besi yang rendah, tidak boleh mengambil suplemen zat besei atau melakukan penggantian darah (phlebotomy).

Zat Tyramin juga faktor kepada gejala kepala pening ini. Selain di daging merah, zat Tyramin ini boleh di dapati di dalam keju yang disimpan serta anggur merah. Gejala kepala pening ini biasanya muncul 12 jam selepas mengambil makanan-makanan tersebut.

Artikel ini bukan bertujuan untuk menakutkan. Tapi ianya sekadar ilmu pengetahuan bagi mereka yang fobia dengan makan daging kambing.

Sumber: Kekal Sihat Ceria – bydrazlan

Jika Anda Sukakan Artikel ini, Sila Kongsikan untuk Manfaat bersama