Resepi Sup Antibiotik Sesuai untuk Anak Demam Dan Selsema


“Anak aku ni dah demam dua hari tak turun suhu panas, rasanya nak kena buat sup antibiotik baru ok kot”

Sup merupakan salah satu makanan yang mampu untuk menurunkan suhu panas badan sesiapa sahaja yang demam. Hal ini kerana, bahan herba yang digunakan adalah bagus untuk memperbaiki immuniti badan khususnya kanak-kanak yang makin membesar. Jom kita belajar untuk masak sup antibiotik sebagai penawar demam buat anak-anak.
SUP ANTIBIOTIK UNTUK DEMAM DAN CAIRKAN KAHAK
Hati mak mana lah yang tidak risau bila anak sakit. Badan Wiyyah pun kelihatan letih, mukanya pun nampak lesu tidak bermaya. Doktor bekalkan ubat demam dan cair kahak untuk dia. Kalau ibu-ibu rajin search di Google, tentu pernah terbaca tentang “sup antibiotik” kan? Menu sup begini memang sesuai untuk anak yang demam bagi mengembalikan tenaga dan merawat penyakit dengan izinNya.

BAHAN-BAHAN

5 biji buah pelaga

5 -7 biji bunga cengkih

5 ulas bawang putih | dicincang halus

1 ulas bawang merah | dicincang halus

3 biji lada hitam | dihancurkan

1 batang lobak merah | dipotong dadu

3 batang celery / ikan bilis

Ayam / ikan /daging (sumber protien)

Sedikit daun sup atau daun bawang

3 cawan air
CARA-CARA PENYEDIAAN
1. Sediakan bahan seperti di gambar bersama 3 cawan air. Sukatan sayuran dan protein boleh ditambah mengikut citarasa.

2. Masukkan semua bahan ke dalam air yang telah direneh. Tunggu hingga mendidih.

Ibu- ibu boleh juga gunakan kaedah menumis, Tumiskan rempah ratus dan bawang dengan menggunakan unsalted butter atau minyak masak. Menumis guna Pure Olive Oil pon boleh.

3. Apabila lobak merah dan ayam dah empuk. Taburkan daun sup atau pon daun bawang.

4. Hidangkan bersama karbohidrat samaada, bubur nasi, mee hoon, noodle pelbagai perisa ataupun pasta. Boleh taburkan mix herbs semasa menghidang. Siap. Selamat mencuba.

*Mudah saja kan? Bukan sahaja boleh dimakan ketika sakit, sup antibiotik ini juga sangat bagus untuk diamalkan supaya immuniti badan sentiasa terjaga. Selamt mencuba!

Sumber : Julia Daud