Syukur! Kerajaan PH umumkan berita baik untuk raya Haji


Video Dan Artikel dibawah

Menjelang sambutan hari raya Aidiladha ini yang dijangka pada 22 Ogos 2018, kerajaan bersetuju untuk membuat pembayaran peringkat ketiga Bantuan Sara Hidup (BSH) 2018, maklum Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

“Kerajaan berharap dengan pemberian BSH ini dapat membantu rakyat membeli barangan keperluan dan persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidil Adha nanti.

“Kerajaan bersetuju agar pembayaran peringkat ketiga BSH 2018 dibuat mulai 15 Ogos 2018 (Rabu).

“Pembayaran ini akan melibatkan hampir 4.1 juta penerima dengan anggaran peruntukan sebanyak RM1.6 billion,” kata Lim dalam suatu kenyataan hari ini.

Lim berkata walaupun tanpa hasil cukai GST dan negara menanggung hutan RM1 trilion, namun pentadbiran HARAPAN masih mampu untuk membantu rakyat dengan memberi BSH.

“Walaupun GST sudah dimansuhkan, kerajaan persekutuan masih tidak mengalami kebankrapan seperti yang didakwa oleh kerajaan terdahulu, sebaliknya masih mampu terus memberi BSH walaupun tanpa hasil cukai GST.

“Perlu ditegaskan bahawa pembayaran RM1.6 bilion (BSH) dibuat dalam keadaan kekangan kewangan kerana hutang Kerajaan Persekutuan yang mencecah RM1 trilion ekoran skandal kewangan 1MDB dan salah urus tadbir,” katanya.

Stabil harga RON95

Manakala itu, menteri kewangan juga menjelaskan subsidi petrol sebanyak RM3 bilion telah disediakan hingga akhir tahun ini.

“Di samping itu, subsidi petrol sebanyak RM3 bilion telah disediakan sehingga akhir tahun ini untuk menstabilkan harga RON95 dan diesel pada tahap RM2.20 dan RM2.18 seliter sungguhpun harga minyak antarabangsa telah naik 42% kepada USD74 setong berbanding anggaran USD52 setong sebelum ini,” katanya.

Menurut Lim lagi, kerajaan memberikan keutamaan kepada rakyat, khususnya golongan yang kurang berkemampuan.

“Kerajaan berharap dengan pemberian BSH ini dapat membantu rakyat membeli barangan
keperluan dan persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidil Adha nanti.

“Pembayaran BSH akan dikreditkan terus ke akaun penerima masing-masing,” kata kenyataan itu lagi.

Selanjutnya, Lim berkata bagi mereka yang tiada nombor akaun, surat kelulusan akan diposkan terus ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional yang berhampiran.

Gepostet von Kaki Cuci am Donnerstag, 2. August 2018

Sumber Mskini