Mengapa Birkin baik untuk pelaburan?


PETALING JAYA: Terdapat segelintir wanita di negara ini yang menjual aksesori rekaan pereka terkenal termasuk beg tangan Birkin oleh Hermes untuk keluar dari kesempitan hidup.Walaupun sesetengah wanita perlu kembali kepada realiti selepas perceraian, ada di kalangan mereka menggunakan wang hasil penjualan beg tangan mewah itu untuk menyelesaikan hutang.

“Saya beritahu rakan-rakan saya bahawa mereka perlu membeli beberapa beg tangan saya jika saya memerlukan wang tunai, dan amat mengejutkan, mereka kata sudah tentu,” kata salah seorang wanita berusia dalam lingkungan 40-an yang enggan namanya didedahkan.Seorang lagi wanita yang turut enggan dinamakan berkata dia ada masalah dalam membayar kos peguam bagi kes perceraiannya dan membesarkan anak, jadi dia telah menjual beberapa Birkin miliknya.

“Suami saya tidak membayar wang nafkah anak-anak atau memberikan apa-apa wang. Jadi saya amat gembira kerana memilik Birkin untuk dijual,” katanya.Jenama Birkin menjadi bualan hangat akhir-akhir ini apabila beg tangan tersebut dirampas dalam serbuan di kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beg tangan Birkin dianggap sebagai pelaburan luar biasa apabila dijual semula di seluruh dunia.Berdasarkan tinjauan di sebuah kedai di Kuala Lumpur yang menjual beg tangan mewah terpakai, The Star mendapat sebuah beg tangan Birkin berharga antara RM25,000 dan RM100,000.

Harga setiap beg berbeza berdasarkan permintaan, keadaan dan usia beg tersebut atau sama ada ia edisi terhad atau sebaliknya.

Jadi bagaimana cara untuk menjual beg tangan Birkin anda?

Sebuah lagi kedai menjual beg tangan terpakai di Kuala Lumpur berkata jualan Birkin dilakukan menerusi konsainan sahaja.

Malah pembayaran kepada penjual dibuat melalui pemindahan bank dan tidak pernah dibuat secara tunai.

“Kami sentiasa berhati-hati untuk memastikan beg tangan itu diletakkan di dalam inventori kami adalah 100% tulen,” kata atendan kedai tersebut.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/05/21/birkin-pelaburan/#UjLxCl3FgsyQ2V7B.99

11 Perkara Tentang Beg Birkin Yang Ramai Tak Tahu

Sejak semalam, beg tangan Birkin dari jenama terkemuka dan mewah Hermes jadi bualan di laman sosial negara ini. Puncanya kerana ia antara barang yang dirampas dalam satu serbuan di kediaman bekas pemimpin negara.

Sebanyak 284 kotak berisi beg ini telah dirampas. Ia mengejutkan netizen kerana harga sebuah beg ini mencecah ratusan ribu ringgit.

Pasal apa beg ini mahal sangat? Ini 11 perkara tentang beg Birkin yang perlu kita tahu.

1. Birkin ialah model, Hermès ialah jenama
Jangan keliru, Birkin adalah model dan Hermes adalah jenama. Beg tangan Birkin oleh Hermès bukanlah sembarangan jenama atau koleksi yang ada boleh beli di pusat beli-belah mahupun butik.


2. Simbol kekayaan dan kemewahan
Ia kerana harganya yang mahal dan sukar dimiliki. Ia dinamakan sempena nama penyanyi dan pelakon Jane Birkin.

3. Harga berbeza mengikut saiz, warna dan material
Secara kasar, harganya bermula dari AS$9,000 (RM20,902) sehingga AS$150,000 (RM 348,369). Tapi setiap satu beg mempunyai harga berbeza mengikut material diguna, jahitan, aksesori tambahan dan masa buatan.

4. Jual ikut tempahan
Anda tak boleh membelinya sesuka hati di mana-mana kerana ia hanya dijual mengikut tempahan. Jualannya mengikut jadual yang sukar diramal dengan kuantiti terhad. Kepada mereka yang membeli dari pihak tengah, kena tunggu lama untuk mendapatkan satu unit beg, sekitar 6 bulan hingga 3 tahun!

5. Koleksi Birkin berasal daripada keluhan Birkin
Ia berasal daripada pelakon dan penyanyi Jane Birkin yang mengeluh betapa sukarnya mendapat beg kulit mengikut citarasanya pada 1981. Kebetulan keluhan itu disampaikan kepada ketua eksekutif Hermès, Jean-Louis Dumas yang duduk bersebelahan dengan Jane Birkin dalam penerbangan ke London dari Paris.

Menurut berita, ilham dan reka bentuk asli Hermès Birkin dilakar di atas beg muntah dalam kapal terbang yang dinaiki mereka.Pada tahun 1984, Dumas membuat sebuah beg kulit lembut untuk Birkin, berdasarkan satu rekaan 1892. Birkin menggunakan beg itu untuk dirinya sendiri namun kemudian mengubah fikirannya dan sejak itu ia menjadi ikon fesyen mewah.

6. Royalti untuk  Jane Birkin
Jane Birkin memperoleh beg Birkin secara percuma selain royalti secara tahunan yang dilapor sekitar £30,000 (RM166,890) pada tahun 2012.

7.  Satu beg ambil masa minimum 48 jam
Setiap unit beg tangan Birkin mengambil masa minimum 48 jam, disiapkan oleh seorang pakar terlatih dalam pembuatan beg yang bukan sahaja cantik tetapi berkualiti.

8. Birkin termahal pernah dilelong bernilai RM988,375
Ia diperbuat daripada kulit buaya rona merah jambu fuschia dilengkapi kancing berlian serta logam emas putih 18 karat.

9. Pelaburan yang bagus
Kajian menunjukkan beg Birkin yang unik (rare) mempunyai purata 14.2% pulangan tahunan sejak beberapa dekad lalu. Purata pulangan yang lebih tinggi daripada emas.

10. Berat sebuah beg Birkin tanpa isi 1 kg
Nampak macam kecil tapi bila isi telefon, dompet dan barang mekap ia mengembang.

11. Victoria Beckham pun hanya ada 100!

Victoria Beckham antara penggemar beg Birkin, dan beliau dikatakan mempunyai 100 beg Birkin (saja!)

Sumber: Free Malaysia Today & Harpers Baazar