Aksi Sultan Johor bawa Permaisuri Johor naik kapcai buat netizen terhibur


Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail ibni Sultan Mahmud Iskandar Al-Haj sememangnya popular di kalangan netizen.

Sering kali berkongsikan pandangan dan aktiviti harian baginda di laman-laman media sosial, maka tidak hairanlah ramai yang mengatakan Sultan Johor ini adalah sultan yang paling sporting sekali.

Terbaru, aksi Sultan Johor yang sedang menunggang sebuah motosikal kapcai sambil membonceng isterinya, Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah telah jadi tular di laman media sosial.

Video yang telah dimuatnaik ke Instagram oleh anak baginda, Tunku Idris itu telah berjaya membuatkan ramai netizen yang terhibur. Ramai yang tidak menjangkakan bahawa Sultan dan isterinya itu memang sporting dan suka mengusik.

Netizen yang terhibur melihat aksi Sultan yang mengusik Permaisuri yang sedang membonceng di belakangnya sehingga membuatkan isterinya itu terjerit-jerit sambil memeluk erat Sultan Johor ketika motosikal yang dinaiki mereka itu dibawa laju.
Kelakar lah tuanku ni

Dah macam Rossi dah tuanku!

Takut permaisuri tuanku duduk kat belakang tu

A post shared by @tunku_idris on

A post shared by @tunku_idris on

Sumber : IG Tunku Idris