Ikuti Pendedahan Berani, Dato’ Fazley Dan Isteri (anak si polan) Bongkar Sifat Sebenar ‘Mereka’


Pendedahan dari Dato’ Fazley

Syukur Alhamdulilah, tak sia sia akhirnya perjuangan arwah ayah saya dari hari pertama, bersama2 Tun Mahathir dan barisan pemimpin kanan beliau, untuk membuat perubahan demi negara tercinta. Kepada rakyat malaysia, tahniah kerana kita sama2 melaksanakan perubahan ini..

Arwah ayah saya Datuk Hj Yaakob Mohammad adalah antara pelopor utama memulakan perubahan ini bersama YABhg Tun Mahathir Mohammad, Namun sayangnya beliau pergi lebih awal di kala beliau sedang sibuk turun naik bersama saya ke office Tun Mahathir. Pemergian arwah begitu mengejut tanpa sebarang masalah kesihatan dan amat misterius buat kami sekeluarga, juga sahabat handai. ‘Si Polan’ mencuba pelbagai cara untuk memastikan arwah ayah saya tidak dapat melaksanakan perjuangan beliau bersama Tun.

Pelbagai halangan dan gangguan di laksanakan agar arwah ayah saya tak mampu melaksanakan tugasan2 penting beliau berjuang demi perubahan. Malahan saya dan isteri sering menjadi mangsa kekejaman si polan tanpa ada belas kasihan, namun kami sekeluarga terus tabah memperjuangkan kebenaran. Arwah ayah saya sentiasa memberi kata2 semangat, “ Fazley & Azrene, Yakinlah, Allah akan sentiasa berlaku adil, masanya akan tiba, Perjuangan kita belum selesai, perubahan harus di laksanakan”.

Teringat kisah arwah ayah saya di panggil Tun Mahathir ketika arwah ayah masih lagi menjadi Pengarah JPJ Wilayah perseketuan, “Kob, can you help me manage this issue since the system that you implement in JPJ works so well?” Parti UMNO telah ‘deregister’ dan menjadi parti Haram kerana senarai ahli tidak dikemas kini dengan strategik.

Dalam tempoh 24 jam arwah ayah saya meninggalkan tugasnya sebagai PTD officer dan bertugas sebagai Setiausaha Kerja UMNO Malaysia. Mulai saat itu setiapkali pilihanraya, saya sentiasa bersama arwah ayah membantu melaksanakan tugas2 pentadbiran dan perlaksanaan sistem keahlian. Pada ketika itu, setiap kali melihat kelibat si polan, ada juga timbul rasan kagum, namun sayangnya rasa kagum itu tidak bertahan!.

Setelah saya berkahwin dengan anak si polan, barulah saya sedar siapa si polan sebenarnya. Orang yang saya kagumi rupa2nya berhati syaitan dan berajakan nafsu. Percubaan demi percubaan, arahan demi arahan dikeluarkan untuk menutup punca rezeki kami sekeluarga, sentiasa merosakkan nama baik kami yang telah dibina oleh arwah ayah saya pada ketika itu, malahan maruah keluarga kami di pijak2 dan habis semua kuncu2nya di arahkan untuk mendengar setiap arahannya supaya saya dan keluarga di tindas habis habisan tanpa ada rasa belas. Namun, Saya bersyukur, kerana isteri saya azrene yang juga anak sipolan kekal tabah dan sabar menghadapi segala bulian dan hinaan yang di lemparkan tanpa ada sebab yang munasabah.

Dan kini, buat mereka yang sentiasa berada di bawah telunjuk ‘si polan’ untuk membuli, menutup dan merompak periuk nasi keluarga saya, juga kekejaman terhadap orang2 lain yang tidak bersalah…MOGA ANDA SEDAR, bahawa apabila anda merancang , Allah sentiasa Maha memerhati dan Maha merancang jauh lebih baik. Ingat dan sedarlah, bahawa Dia maha mendengar doa orang2 yang teraniaya. ketahuilah, SAYA MAAFKAN ANDA SEMUA YANG PERNAH BERADA DI BAWAH TELUNJUK SI POLAN.

Bapak.. pengorbanan dan segala perjuangan Bapak tidak sia-sia, tiada siapa boleh melawan takdir Allah. Yang jahat takkan sentiasa menang, yang teraniaya tidak sentiasa di pijak2. Allahuakbar! ALFATEHAH BUAT BEKAS SENATOR DATUK HJ YAAKOB HJ MOHAMMAD. Moga kini Bapak tenang di sana, perjuangan kita selesai Bapak!

Saya tidak pernah membenci BN , jasa BN jangan pernah kita lupakan. Namun si polan yang seorang ini terbukti telah menjadi ‘Liabiliti’ terbesar di dalam sejarah negara, itulah kata2 Tun to my late father at his office. We all know this sad truth! Malaysia, semoga kini bebas dari sebarang sekatan media, sekatan rezeki dan sekatan fakta yang berasas kebenaran!

  #MALAYSIABERUBAH

-Dato’ Fazley Yaakob

Anak Rosmah Luah Penderitaan Dialami Selama Ini

Setelah kemenangan Pakatan Harapan pada Pilihanraya ke 14, nampaknya semakin ramai telah membuka mulut dan membongkar apa yang berlaku selama ini.

Antaranya ialah pengacara, artis dalam bidang penyiaran dimana mereka terpaksa menyembunyikan perasaan amarah mereka kerana ingin menjaga periuk nasi orang lain.

Dan mungkin ada lagi kes-kes yang akan dibongkar dalam masa terdekat, namun apa yang lebih mengejutkan apabila anak kepada bekas isteri Perdana Menteri terdahulu iaitu Datin Rosmah Mansur telah membuka mulut terhadap kisah dua individu tersebut.

Dalam satu status dimuatnaik Datin Azrene Ahmad malam tadi, dia menjelaskan segala kejahatan dan kesalahan yang dilakukan oleh keduanya yang berlaku didepan mata namun dia tidak dapat berbuat apa-apa.

Ia disebabkan pengaruh dan kuasa yang ada pada mereka untuk menjatuhkan sesiapa yang menghalang cita-cita mereka sehingga sanggup menggunakan pelbagai saluran yang menyalahi disisi agama demi kepentingan diri.

Dia juga mengakui ada beberapa kali cuba untuk memberitahu hal tersebut kepada ayahnya namun ia menemui jalan buntu kerana jelas sekali ayahnya tidak ambil endah dan memihak isterinya.

Datin Azrene mendedahkan telah acapkali melihat salah guna duit yang dilakukan dan mengibaratkan aliran tunai sesama mereka ibarat air dan dihabiskan untuk kepentingan diri, bukannya demi kepentingan rakyat.

Keborosan membeli barangan kemas, memberi rasuah kepada pegawai tertinggi demi kepentingan politik antara perkara biasa dilihatnya sabah hari.

Dia pernah cuba dijual kepada pembida tertinggi sebagai calon isteri, demi mendapatkan jawatan politik atau kepentingan diri namun dia memilih tetap dengan pendirian untuk mengahwini calon pilihannya.

Namun penderitaannya tak tamat disitu, akibat dari pilihan yang dibuatnya menyebabkan dia dan keluarga mertuanya diganggu dengan pelbagai cara dan muslihat.

Namun kini, selepas berbelas tahun menderita dan takut untuk meluahkan rasa yang terpendam dia akhirnya lega kerana dapat meluahkan apa yang terbuku dihati selama ini dan berharap kedua ibu bapanya itu mengambil pengajaran dari apa yang berlaku dan kembali ke pangkal jalan.

Today marks the end of an era of tyranny that many have prayed for. I grew up looking up to these two individuals,…

Gepostet von Azrene Ahmad am Donnerstag, 10. Mai 2018

Sumber : Azrene Ahmad